Kota Kinabalu: Satu langkah penting ke arah merealisasikan sambungan laut antara Kudat, Malaysia dan wilayah Palawan di Filipina telah diambil baru-baru ini.
Perbincangan awal berlangsung di Bandar Makati, Filipina, yang memfokuskan kepada kemungkinan operasi perkhidmatan feri antara kedua-dua lokasi.
Mesyuarat itu dihadiri Ahli Parlimen Kudat Datuk Verdon Bahanda, dan Ahli Kongres II Daerah Palawan Jose Chaves Alvarez.
Dialog itu dibantu oleh ahli Majlis Penasihat Ekonomi Sabah Benjamin Golimbi.
Advertisement