Sat, 29 Mar 2025
Headlines:
Tangkap ikan secara haram: 8 rakyat Vietnam didenda RM1.5 juta
Published on: Tuesday, April 16, 2024
Published on: Tue, Apr 16, 2024
By: Cynthia D Baga
Text Size:
Text:
Tangkap ikan secara haram: 8 rakyat Vietnam didenda RM1.5 juta
Kesemua mereka mengaku bersalah secara berasingan di hadapan hakim Mahkamah Sesyen Elsie Primus, selepas pertuduhan yang dikenakan ke atas mereka dibacakan jurubahasa Vietnam. - FOTO Bernama untuk ilustrasi sahaja.
Kota Kinabalu: Lapan rakyat Vietnam didenda berjumlah RM1.5 juta kerana menangkap ikan secara haram di perairan Malaysia.

Mereka ialah juragan Duong Van Phong, 34, anak kapal Phan Van Thuan, 42, Nguyen Guang Linh Vu, 51, Chai Hoai Thanh, 26, Nguyen Van Trinh, 36, Ha Trong Luan, 37, Ngo Van Doan, 41, dan Nguyen Vanh Thuan, 35.

Advertisement
Kesemua mereka mengaku bersalah secara berasingan di hadapan hakim Mahkamah Sesyen Elsie Primus, selepas pertuduhan yang dikenakan ke atas mereka dibacakan jurubahasa Vietnam.

Nakhoda didenda RM800,000 atau lapan bulan penjara jika gagal membayar denda itu, manakala semua anak kapal diperintahkan membayar RM100,000 atau enam bulan penjara setiap seorang.

SPONSORED CONTENT
This event coincides with its proposed listing on the Main Market of Bursa Malaysia Securities Berhad ("Bursa Securities"), scheduled for 30 April 2025.
Rakyat Vietnam terbabit didapati menangkap ikan secara haram jam 9.20 pagi pada 2 April tahun ini di atas sebuah kapal nelayan Vietnam di Pulau Kankamat.

Kesalahan di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Perikanan 1985, boleh dihukum mengikut Seksyen 25(a) Akta sama dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan, memperuntukkan hukuman denda sehingga RM6 juta bagi juragan bot dan RM600,000 bagi setiap anak kapal, jika sabit kesalahan.

Advertisement
Semasa mitigasi, semua warga Vietnam yang tidak diwakili itu merayu hukuman minimum, dengan mengatakan mereka mempunyai keluarga untuk dijaga dan mereka mahu pulang ke negara mereka secepat mungkin.

Timbalan Pendakwa Raya Risal Abd Fikkah menggesa mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal terhadap mereka atas alasan perbuatan mereka boleh menjejaskan habitat dan ekosistem laut kita.

Advertisement
Mahkamah memerintahkan kapal itu, termasuk peralatan, dilucuthakkan kepada Kerajaan.

Warga Vietnam terbabit juga diperintah dirujuk ke Jabatan Imigresen selepas membayar denda atau menjalani hukuman penjara.
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
Follow us              
Daily Express TV  
© Copyright 2025 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here