Thu, 23 May 2024

HEADLINES :


Insken sasar latih 10,000 usahawan tahun ini: Ewon
Published on: Tuesday, April 16, 2024
By: Bernama
Text Size:

Insken sasar latih 10,000 usahawan tahun ini: Ewon
Ewon menghadiri Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Insken di Semarak Hall, pada Selasa. - fotoBERNAMA
CYBERJAYA: Institut Keusahawanan Negara (Insken) menyasarkan untuk melatih 10,000 usahawan tahun ini berbanding 9,700 usahawan yang telah dilatih di seluruh negara pada tahun lepas.

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick berkata usahawan dilatih tahun lepas telah menunjukkan prestasi cemerlang dengan ada yang mencapai sehingga 75 peratus nilai jualan selepas mengikuti program bimbingan itu.

“Ini menunjukkan Insken merupakan agensi bimbingan keusahawanan penting di negara ini. Kementerian akan terus sokong dan berusaha untuk memberikan yang terbaik kepada usahawan kita menerusi Insken ini,” katanya kepada media selepas menghadiri Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Insken di sini, pada Selasa.

Ewon berkata pelbagai program dan latihan keusahawanan direncanakan tahun ini dengan harapan dapat membimbing 10,000 usahawan dan berdasarkan kajian pihaknya, usahawan mikro dan kecil paling ramai terlibat dalam sektor perkhidmatan.

Insken merupakan sebuah agensi di bawah naungan Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (Kuskop) yang menawarkan inisiatif pembangunan kapasiti usahawan melalui program latihan dan bimbingan dengan senarai latihan boleh didapati di laman https://www.insken.gov.my/pendaftaran/.

Sementara itu, ketika ditanya mengenai lokasi Karnival Usahawan dan Jualan Mega Madani (KUJMM) anjuran Kuskop yang seterusnya, Ewon berkata ia bakal diadakan pada 11 dan 12 Mei depan di Kuala Penyu, Sabah sempena Pesta Kaamatan.

“Program sama juga akan diteruskan dari semasa ke semasa di seluruh negara selain kita juga bakal mengadakan Sambutan Bulan Koperasi Kebangsaan, Hari Francais dan Jualan Madani Koperasi selepas ini,” katanya.   





ADVERTISEMENT






Berita Utama Hari Ini

Berita Popular


Follow Us  




Follow us on             

Daily Express TV  







close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
open

Try 1 month for RM 18.00

Already a subscriber? Login here