Thu, 23 May 2024

HEADLINES :


Dua maut, tiga cedera di Kota Marudu
Published on: Wednesday, April 17, 2024
By: Patimang Abdul Ghani
Text Size:

Dua maut, tiga cedera di Kota Marudu
KEADAAN kereta mangsa.
KOTA MARUDU: Dua wanita maut manakala tiga lagi, termasuk seorang lelaki, cedera parah apabila kenderaan pacuan empat roda (4WD) Toyota SR mereka terbabas sebelum terbalik di Jalan Kampung Gana, dekat sini, pada Isnin.

Ketua Polis Daerah Kota Marudu, Superintendan Zairolnizal Ishak dalam satu kenyataan berkata, kejadian kira-kira jam 1.50 petang itu menyebabkan Somineh Engkagang, 17, dan Doyut Nanu, 58, meninggal dunia di tempat kejadian.

Manakala pemandu, Losikan Masadig, 65, Rungkiding Malisim, 85, dan Linah Jaurus, 27, mengalami cedera parah. 

Difahamkan, kesemua mangsa bersaudara dan dalam perjalanan balik ke Kg Gana dari pekan Kota Marudu.

Menurut Zairol, setelah melalui satu selekoh menuruni bukit, pemandu hilang kawalan kenderaan itu, menyebabkannya melanggar dinding bukit sebelah kanan dan terbalik di parit bersimen.

“Dua penumpang maut di tempat kejadian, manakala tiga lagi mengalami cedera parah dan dibawa ke Hospital Kota Marudu untuk rawatan,” katanya.

Beliau berkata, tiada kenderaan dan individu lain terlibat dalam kemalangan itu, menambah kes akan disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.





ADVERTISEMENT






Berita Utama Hari Ini

Berita Popular


Follow Us  




Follow us on             

Daily Express TV  







close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
open

Try 1 month for RM 18.00

Already a subscriber? Login here