Mon, 28 Apr 2025
Headlines:
Langkah bagi kuasa industri, Sabah-Malaysia Rumah Keduaku
Published on: Thursday, April 18, 2024
Published on: Thu, Apr 18, 2024
Text Size:
Text:
Langkah bagi kuasa industri, Sabah-Malaysia Rumah Keduaku
HAJIJI mempengerusikan mesyuarat tersebut.
Kota Kinabalu: Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor berkata Kabinet Negeri bersetuju memberi kebenaran khas kepada pelabur yang beroperasidi taman perindustrian di negeri ini untuk menyediakan kemudahan penjanaan kuasa untuk kegunaan mereka sendiri.

Advertisement
“Langkah ini penting untuk menarik pelabur dan mengekalkan mereka yang sedia beroperasi yang terjejas akibat isu elektrik,” katanya pada mesyuarat pasca kabinet Jabatan Ketua Menteri (JKM) di Menara Kinabalu, di sini, Rabu.

Hajiji berkata dalam usaha untuk mengurangkan permintaan tenaga di Sabah, Kabinet juga telah memutuskan untuk membenarkan rumah kedai, bangunan dan premis kediaman memasang sistem tenaga solar tanpa mendapatkan kelulusan daripada Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB).

SPONSORED CONTENT
This event coincides with its proposed listing on the Main Market of Bursa Malaysia Securities Berhad ("Bursa Securities"), scheduled for 30 April 2025.
Mengenai program Sabah-Malaysia Rumah Keduaku (SBH-MM2H), Jemaah Menteri juga telah meluluskan had umur pemohon kepada 30 tahun ke atas dan membenarkan peserta program itu menjual hartanah mereka selepas lima tahun, dengan syarat perlu membeli rumah baharu berharga tidak kurang daripada RM600,000.

Hajiji berkata di bawah dasar baharu itu, pelantikan ejen SBH-MM2H mestilah daripada syarikat tempatan Sabah.

Advertisement
Ia juga dipersetujui bahawa Lembaga Padi dan Beras Sabah harus diwujudkan semula sebagai sebahagian daripada inisiatif untuk meningkatkan pengeluaran makanan dan memastikan keterjaminan makanan di negeri ini.

Pewujudan semula Lembaga itu adalah penting kerana Sabah kini mengimport kira-kira 70 peratus daripada keperluan berasnya, kata beliau.

Advertisement
“Sabah perlu meningkatkan tahap sara diri makanannya dan kita akan dapat melakukannya dengan pewujudan semula Lembaga Padi dan Beras Sabah.

“Kabinet Negeri akan mengemukakan syor kepada Yang Dipertua Negeri untuk kelulusan penubuhan Lembaga Padi dan Beras Sabah seperti yang termaktub dalam Seksyen 3 Enakmen Lembaga Keluaran Pertanian 1981,” katanya.
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
Follow us              
Daily Express TV  
© Copyright 2025 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here