Thu, 30 May 2024

HEADLINES :


ADVERTISEMENT

Warisan gagal laksana tanggungjawab semasa memerintah: Annabell
Published on: Friday, April 19, 2024
By: Noor Zafira Zayn
Text Size:

Warisan gagal laksana tanggungjawab semasa memerintah: Annabell
“Banyak projek pembangunan rakyat yang tergendala di bawah pentadbiran mereka dan contoh yang jelas adalah Projek Pan Borneo yang diberhentikan,” Annabell berkata. - FOTO kanan untuk ilustrasi sahaja.
Kota Kinabalu: Pemerintahan kerajaan lalu yang diterajui Parti Warisan Sabah (Warisan) gagal melaksanakan tanggungjawab dalam menyampaikan dan mengotakan janji kepada rakyat, kata Senator Annabell @ Suziena Perian.

Katanya, Warisan diberi peluang memerintah dan majukan Sabah dari 2018 sehingga 2020 namun mereka gagal melaksanakan tanggungjawab yang diberikan.

“Banyak projek pembangunan rakyat yang tergendala di bawah pentadbiran mereka dan contoh yang jelas adalah Projek Pan Borneo yang diberhentikan,” katanya dalam kenyataan di sini pada Khamis.

Menurut Annabell, tidak wajar untuk Warisan sewenang-wenangnya mengeluarkan kenyataan palsu terutamanya membabitkan data atau penglibatan rakyat.

“Seperti yang dinyatakan oleh Ketua Wanita Warisan, Norfaizah Chua baru-baru ini, kononnya rakyat Sabah memberikan sokongan kepada Warisan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang, menunjukkan parti itu belum membuat analisa dan pemerhatian yang jelas reaksi rakyat terhadap parti Warisan.

“Berapa ramai penyokong mereka mula meninggalkan parti tersebut dan berhijrah ke parti lain kerana Warisan sudah mula hilang kawalan untuk mengemudi kapal mereka,” katanya lagi.

Annabell menegaskan usaha untuk berkempen dan memenangi hati rakyat tidak salah, namun jangan sesekali menjadi fitnah.

“Pilihan raya yang semakin dekat memberikan mereka tekanan untuk menonjolkan diri kepada rakyat dan mula menunding jari mencari kelemahan orang lain.

“Nampak jelas bahawa mereka terlalu taksub untuk berpolitik dan agenda pembangunan dan kemajuan rakyat bukan menjadi misi utama mereka.

“Seharusnya pengalaman lalu perlu dijadikan teladan untuk membangunkan Sabah dan bukan hanya tahu bercakap dan menunding jari bahawa mereka sangat gah,” jelasnya lagi.

Dalam pada itu, Annabell turut menegaskan Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor menerajui Kerajaan Negeri dalam landasan yang tepat dan usaha berterusan untuk pembangunan serta menyelesaikan masalah rakyat.

“Ketua Menteri kita merupakan seorang pemimpin yang berpandangan jauh, kuat bekerja, walaupun hanya tiga tahun memimpin negeri, pencapaian dan kejayaan dapat dirasai rakyat.

“Adalah merugikan rakyat dan negeri, jika kerajaan yang dipimpin tidak berterusan seperti mana berlaku selepas PRU14, kerajaan Sabah diambil alih oleh pemimpin seperti tikus membaiki labu, kerana pemimpin kerajaan masa itu bagaikan kera mendapat bunga.

“Sudah-sudahlah jadi pihak yang melagakan dan menimbulkan masalah, alangkah bagusnya jika sama-sama memberikan buah fikiran dan menyumbang idea untuk usaha Kerajaan Negeri membangunkan serta memulihkan masalah,” katanya. 

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.





ADVERTISEMENT






Berita Utama Hari Ini

Berita Popular


Follow Us  




Follow us on             

Daily Express TV  







close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
open

Try 1 month for RM 18.00

Already a subscriber? Login here