SANDAKAN: Jadual penerbangan yang dibatalkan pada kelmarin susulan nasihat perjalanan udara bersambung pada hari kedua hari ini bagi perjalanan masuk dan keluar Sandakan susulan kejadian letusan Gunung Ruang di Indonesia.
Berdasarkan makluman dikongsikan Ahli Parlimen Sandakan, Vivian Wong Shir Yee, bagi status penerbangan AirAsia untuk Jumaat, jelasnya, informasi diterima pihaknya, penerbangan masuk dan keluar Sandakan, Kota Kinabalu dan Tawau dari jam 6.00 pagi sehingga 1.00 petang dibatalkan.
Advertisement

Manakala bagi Penerbangan pagi MAS juga dibatalkan melibatkan jadual penerbangan:
MH2660/2661 KUL/TWU/KUL
MH2710/2711 KUL/SDK/KUL
MH2612/2621 KUL/BKI/KUL
Advertisement
_.gif)
MH2610/2611 KUL/BKI/KUL
MH2646/2641 KUL/BKI/KUL
Vivian berkata, pihaknya juga akan memberikan maklumat berkaitan jadual penerbangan terkini sekiranya beliau mendapat maklumat semasa dari pihak berkenaan.