TAWAU: Insiden dinding premis Starbucks dan McDonald's di sini yang diconteng individu tidak bertanggungjawab pada Khamis sedang disiasat polis.
Pemangku ketua polis daerah Tawau, Superintendan Champin Piuh, berkata pihaknya ada menerima laporan berhubung kejadian itu dan siasatan dijalankan di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan.
Bagaimanapun, katanya, belum ada tangkapan dilakukan setakat ini.