Sun, 23 Jun 2024

HEADLINES :


ADVERTISEMENT

Tindakan tegas ke atas peniaga gagal pamer tanda: KPDN
Published on: Wednesday, April 24, 2024
By: Winnie Kasmir
Text Size:

Tindakan tegas ke atas peniaga gagal pamer tanda: KPDN
AZDY ketika melakukan pemeriksaan tanda harga di Pasar Sibuga Jaya pada Selasa.
SANDAKAN: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana peniaga yang gagal mempamerkan tanda harga pada barang jualan. 

Ketua Pegawai Penguatkuasa Cawangan Sandakan, Azdy Zukkry John berkata, kegagalan peniaga mempamerkan tanda harga ini boleh menyebabkan kekeliruan kepada pengguna. 

“Peniaga di daerah ini dinasihati untuk mempamerkan tanda harga pada setiap barang jualan.  

“Peniaga bertanggungjawab meletakkan tanda harga kerana undang-undang mempamer tanda harga ini sudah ada sejak 1946 lagi. 

“Jadi kita harap tiada lagi peniaga yang lupa atau sengaja untuk tidak mempamerkan tanda harga,” katanya ketika ditemui semasa operasi pemeriksaan tanda harga dan alat timbang di Pasar Sibuga Jaya pada Selasa. 

Sementara itu, Azdy turut menasihati peniaga untuk memastikan setiap alat timbang yang digunakan telah ditentusah. 

Beliau berkata pemeriksaan untuk memberi kesedaran mempamerkan tanda harga dan alat timbang ditentusah akan dijalankan di semua pasar awam di daerah ini.

“Pemeriksaan kali ini kita hanya beri mereka kesedaran dan nasihat untuk mempamerkan tanda harga, tetapi selepas 7 hari kita akan datang memeriksa kembali. 

“Pada pemeriksaan nanti, tindakan tegas akan dikenakan kepada mana-mana peniaga yang masih belum mematuhi arahan mempamerkan tanda harga,” katanya. 

Beliau juga mengalu-alukan pengguna untuk bertindak sebagai mata dan telinga kepada KPDN dengan menyalurkan aduan menerusi saluran rasmi aduan seperti berikut, Whatsapp 019 279 4317 / 019 848 8000, Portal Aduan: http://eaduan.kpdn.gov.my atau Call Centre 1 800 886 800. 

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.





ADVERTISEMENT






Berita Utama Hari Ini

Berita Popular


Follow Us  




Follow us on             

Daily Express TV  







close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
open

Try 1 month for RM 18.00

Already a subscriber? Login here