Tue, 21 May 2024

HEADLINES :


Skandal terburuk sepanjang karier sebagai guru: Saksi
Published on: Thursday, April 25, 2024
By: Cynthia D Baga
Text Size:

Skandal terburuk sepanjang karier sebagai guru: Saksi
Nurhaizah Ejab, 39, berkata sejak bergelar guru, isu guru Bahasa Inggeris Mohd Jainal Jamrin yang disaman bekas pelajarnya kerana didakwa gagal masuk kelas mengajar subjek Bahasa Inggeris kepada pelajar lapan tahun lalu adalah skandal pertama dan paling teruk dia pernah nampak.
Kota Kinabalu: Seorang bekas guru SMK Taun Gusi menyifatkan isu guru ponteng di sekolah itu merupakan skandal terburuk sepanjang kariernya kerana ditutup oleh individu-individu yang ada ‘kuasa’.

Nurhaizah Ejab, 39, berkata sejak bergelar guru, isu guru Bahasa Inggeris Mohd Jainal Jamrin yang disaman bekas pelajarnya kerana didakwa gagal masuk kelas mengajar subjek Bahasa Inggeris kepada pelajar lapan tahun lalu adalah skandal pertama dan paling teruk dia pernah nampak.

“Saya kata paling teruk kerana ia membabitkan mereka yang bergelar guru dan ini adalah skandal penutupan besar-besaran daripada Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Jabatan Pendidikan Negeri (JPN), Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) dan sekolah sendiri.

“Semua pihak ini sangat taksub dalam menjaga imej dan reputasi mereka, mereka sanggup bersekongkol dan menipu semata-mata untuk menjaga kedudukan dan reputasi mereka.

“Dari peringkat KPM hingga pihak sekolah mereka berada dalam keadaan tertekan ketika kes ini difailkan.

“Di peringkat kementerian, pengarah KPPM ketika itu ialah Datuk Amin Senin yang merupakan bekas pengetua SMK Taun Gusi.

“Pengarah JPN Sabah 2015 ialah Datuk Jame Alip juga bekas pengetua SMK Taun Gusi. Pengarah JPN Sabah 2018 Datuk Maimunah Sahibul merupakan bekas guru di SMK Taun Gusi.

“Jadi mereka mahu menjaga imej mereka dan imej sekolah yang di mana mereka pernah berkhidmat. Lebih-lebih lagi, Jame misalnya tahu tentang kes ponteng Jainal semasa menjadi pengetua di sekolah itu,” kata Nurhaizah.

Nurhaizah memberikan keterangan di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Ismail Brahim, dalam pendengaran kes saman yang difailkan oleh plaintif Siti Nafirah Siman, 23, terhadap Mohd Jainal, Pengetua SMK Taun Gusi Suid Hanapi (atas kapasitinya sebagai Pengetua SMK Taun Gusi), SMK Taun Gusi, Pegawai Pendidikan Daerah Kota Belud, Pengarah Pendidikan Sabah, Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia, Menteri Pendidikan Malaysia dan Kerajaan Malaysia, yang dinamakan sebagai defendan pertama, kedua, keempat, kelima, keenam, ketujuh dan kelapan.

Plaintif memohon antara lain pengisytiharan bahawa lapan defendan melanggar kewajipan berkanun mereka di bawah Akta Pendidikan dengan gagal memastikan dia diajar bahasa Inggeris dari tempoh Februari 2015 hingga Oktober 2015 dan mempersiapkannya untuk peperiksaan seperti yang ditetapkan di bawah Akta Pendidikan.

Nurhaizah kemudian berkata semasa siasatan dijalankan selepas kes itu difailkan, dia dipanggil ke pejabat JPN dan ditemu bual oleh pegawai khas KPPM bernama Syafidah.

“Saya telah menulis kenyataan saya tentang semua yang saya tahu mengenai kes ini pada 2015 di atas beberapa helaian kertas dengan kepala surat Unit Integriti JPN.

“Syafidah kata dia akan menghantar keterangan itu kepada peguam kerajaan. Tetapi mereka tidak pernah menghantar keterangan saya bagi pihak defendan.

“Malah, saya disingkirkan dalam mesyuarat akhir JPN ketika mereka sedang memuktamadkan semua dokumen bukti,” Nurhaizah memberi keterangan.

Peguam Shireen Sikayun mewakili Siti Nafirah manakala Peguam Kanan Persekutuan Jesseca Daimis dan Peguam Persekutuan Mohd Fazriel Fardiansyah Abdul Kadir bertindak bagi defendan.

Peguam Datin Mary Florence Gomez (Pengerusi Jawatankuasa Kecil Hak Wanita dan Kanak-Kanak Persatuan Undang-undang Sabah) dan Yannik Mohd Annuar bertindak selaku peguam pemerhati untuk Suhakam.

Perbicaraan bersambung pada Jun.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.





ADVERTISEMENT






Berita Utama Hari Ini

Berita Popular


Follow Us  




Follow us on             

Daily Express TV  







close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
open

Try 1 month for RM 18.00

Already a subscriber? Login here