Fri, 21 Jun 2024

HEADLINES :


ADVERTISEMENT

Indonesia arahkan semua rumah sembelih ayam dapatkan pensijilan halal
Published on: Sunday, May 05, 2024
By: Bernama
Text Size:

Indonesia arahkan semua rumah sembelih ayam dapatkan pensijilan halal
Gambar sekadar ilustrasi
JAKARTA: Kementerian Perdagangan Indonesia mengarahkan semua rumah sembelih ayam supaya mendapatkan pensijilan halal mulai Oktober ini bagi memastikan kualiti produk ayam itik yang dikeluarkan. 

Menterinya  Zulkifli Hasan menekankan kepentingan garis panduan baharu ini yang meliputi pelbagai aspek penyembelihan, pemprosesan dengan mematuhi standard halal.

Garis panduan ini selari dengan keputusan kerajaan untuk semua perusahaan mikto, kecil dan sederhana (PMKS) dalam sektor masak-memasak untuk memperoleh pensjilan halal menjelang Oktober.

Dalam satu kenyataan beliau berkata:"Keputusan ini menyasarkan untuk melonjakkan keyakinan pengguna, terutamanya dalam kalangan pengguna Muslim dan meningkatkan persaingan produk Indonesia di peringkat sejagat.  

Beliau juga menekankan keperluan menyegerakan pelaksanaan pensijilan halal madatori dan menyatakan kesediaan seharusnya menjadi keutamaan. 

"Pensijilan halal adalah penting. Jika tidak sekarang, bila ? Kita tidak boleh menunggu untuk selama-lamanya,” kata beliau.  

Pada 1 April lepas, Menteri Koperasi dan Perusahaan Kecil dan Sederhana (SME) Teten Masduki menyatakan kebimbangannya bahawa menepati tarikh tutup untuk pensijilan halal mungkin mencabar, terutamanya  SME dalam sektor masak-memasak.

Badan Penyelenggara Jaminan Produk Halal (BJPJH)  Kementerian Hal Ehwal Agama  sedang mempercepatkan proses pensijilan halal menerusi kempen "Halal Mandatori Menjelang Oktober 2024” sejak tahun lepas.

Kempen itu mendidik pemilik perniagaan, pihak berkepentingan dan orang awam mengenai keperluan perundangan untuk pensijilan produk diedarkan di Indonesia, yang menempatkan populasi penganut Islam terbesar di dunia.

Ia sejajar dengan fasa pertama pensijilan mandatori mulai Oktober ini yang meliputi tiga kumpulan produk -- makanan dan minuman, bahan mentah dan bahan tambah serta produk dan perkhidmatan sembelih.

Bulan lepas,  BPJPH melaksanakan acara pendaftaran pensijilan halal serta-merta  di 5,040 lokasi.

Mereka juga melaksanakan program pemantauan bersepadu dalam sektor huluan di 1,068 lokasi termasuk kemudahan makanan dan minuman serta rumah sembelih di 34 wilayah.  

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.





ADVERTISEMENT






Top Stories Today

Asean Top Stories


Follow Us  



Follow us on             

Daily Express TV  







close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
open

Try 1 month for RM 18.00

Already a subscriber? Login here