Thu, 13 Jun 2024

HEADLINES :


ADVERTISEMENT

Lelaki didakwa anggota ‘Geng Upik’ gagal mohon ikat jamin
Published on: Tuesday, May 07, 2024
By: Cynthia D Baga
Text Size:

Lelaki didakwa anggota ‘Geng Upik’ gagal mohon ikat jamin
Pihak pendakwaan berkata tujuan perbicaraan bersama itu juga untuk langkah keselamatan dan juga bagi meminta tarikh perbicaraan lebih awal bagi kes terbabit.
Kota Kinabalu: Seorang lelaki berusia 46 tahun, yang merupakan antara 13 individu didakwa menganggotai kumpulan jenayah terancang “Geng Upik”, gagal memohon ikat jamin di Mahkamah Tinggi di sini.

Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Dr Lim Hock Leng menolak permohonan ikat jamin Nelson Yen Yee Chung yang difailkannya pada 12 Mac tahun ini.

Terdahulu semasa prosiding, pihak pendakwaan memaklumkan kepada mahkamah bahawa mereka memohon untuk Yen dan 13 kes tertuduh lain dibicarakan bersama bagi menjimatkan masa dan kos semua pihak.

Pihak pendakwaan berkata tujuan perbicaraan bersama itu juga untuk langkah keselamatan dan juga bagi meminta tarikh perbicaraan lebih awal bagi kes terbabit.

Yen bersama 13 yang lain iaitu, Rahman Burijin, 44; Jaisalfian Jaineh @ Zaini, 45; Mohd Fauzie Rablin, 33; Shahlan Shah Abdul Samad, 37; Datuk Maslan Sani, 41; Mohd Faridzul Asmahadi, 31; Fazrul Bahar, 32; Alkan Abraham, 35; Mazlan Mahmud, 41; Mahathir Jibarail, 49; Norsyafilah Pawawoi, 27, dan Zulkahar Dusing, 38 sebelum ini didakwa secara berasingan di Mahkamah Sesyen atas pertuduhan melakukan kesalahan itu dari 2015 hingga 2023.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 130V(1) Kanun Keseksaan, yang membawa hukuman penjara antara lima tahun dan 20 tahun jika sabit kesalahan.

Semua kes menunggu tarikh perbicaraan untuk diberikan.

Timbalan Pendakwa Raya Nur Ainaa Ridzwan dan Siti Hajar Mat Radzi melakukan pendakwaan manakala Yen diwakili peguam Datuk Ram Singh.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.





ADVERTISEMENT






Berita Utama Hari Ini

Berita Popular


Follow Us  




Follow us on             

Daily Express TV  







close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
open

Try 1 month for RM 18.00

Already a subscriber? Login here