Tue, 18 Feb 2025
Headlines:
Komitmen 9 fokus landskap baharu pendidikan Sabah
Published on: Thursday, May 09, 2024
Published on: Thu, May 09, 2024
By: Mardinah Jikur
Text Size:
Text:
Komitmen 9 fokus landskap baharu pendidikan Sabah
RAISIN (kelima, kiri) menyampaikan anugerah kepada warga pendidik Sandakan, disaksikan oleh Munah (kelima, kanan) dan hadirin lain.
SANDAKAN: Jabatan Pendidikan Negeri Sabah terus memberi komitmen dalam mencapai sembilan fokus Landskap Baharu Pendidikan Negeri Sabah.

Sembilan landskap itu melibatkan penyampaian akademik berkualiti, akses pendidikan berkualiti, murid cintakan ilmu, generasi fasih digital, sifar ketidakakuran dalam pentaksiran dan peperiksaan, warga pendidikan yang berkualiti, integriti, inovasi dan berdaya saing, memperkasakan kesejahteraan warga pendidikan, pengurusan kewangan dan perancangan infrastruktur pembangunan dan perolehan.

Advertisement
Pengarah Pendidikan Negeri Sabah, Datuk Raisin Saidin, berkata, ia penting dalam memastikan kemenjadian murid selepas mereka selesai mendapatkan pendidikan selama 11 tahun di peringkat sekolah rendah dan menengah.

“Landskap Baharu Pendidikan Negeri Sabah ini juga berhasrat membawa perubahan yang besar dalam pencapaian pelbagai bidang di negeri ini.

SPONSORED CONTENT
When it comes to skincare, the first thought on our minds would be beauty products such as serums, creams, and masks. However, beauty experts and even researchers have stated that drinking more water can be just as crucial for your skin's health.
“Oleh itu, semua warga pendidik di negeri ini perlu terus memainkan peranan penting dalam memastikan ia tercapai,” tambahnya.

Ini termasuk memastikan kualiti pengajaran di sekolah dan apa sahaja keperluan serta penyelenggaraan turut dapat dijalankan dengan sebaiknya.

Advertisement
“Selain itu, akademik dan fokus mencapai gred purata sekolah dalam Sijil Pelajaran Malaysia 4.99 berbanding 5.00 juga menjadi keutamaan dalam landskap ini,” ujarnya.

Beliau berkata demikian pada sidang media sejurus menghadiri Program Jelajah Madani Landskap Baharu Pendidikan, Jabatan Pendidikan Negeri Sabah 2024 Peringkat Zon 2 (Sandakan, Beluran, Kinabatangan, Telupid/Tongod) di Dewan SJK (C) Chi Hwa, Sandakan, baru-baru ini.

Advertisement
Hadir sama, Pegawai Pendidikan Daerah Sandakan, Munah Nasri.

Beliau berkata, di Sabah, empat daerah berjaya mencapai gred terbaik iaitu Tawau, Kuala Penyu, Kota Kinabalu dan Penampang.

“Diharapkan ia akan dapat menjadi contoh kepada daerah yang lain dalam usaha mencapai pencapaian 4.99 ini,” tambahnya.

Manakala asrama sekolah juga antara fokus kepada landskap itu kerana beliau percaya keselesaan murid juga wajar dilihat, sekali gus fokus mereka kepada pembelajaran tidak terganggu, khasnya dalam menghadapi SPM.

Anugerah PPD Sandakan bagi pingat emas perkongsian amalan terbaik LEAD sempena Jelajah Madani 2024 dan anugerah PPD Sandakan bagi pingat LEAD platinum sempena Jelajah Madani 2024 kepada beberapa penerima.

Dalam pada itu, Raisin berkata, dalam membentuk landskap pendidikan baharu negeri Sabah, antara perkara yang dirujuk termasuk hasrat besar Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan aspirasi Sabah Maju Jaya (SMJ) dengan dua perkara perlu di beri perhatian dalam konteks pendidikan dan bagaimana pendidikan ini boleh membina modal insan.

Beliau menjelaskan, dengan terbangunnya modal insan ini, murid juga mempunyai peluang yang besar untuk berada dalam pasaran pekerjaan dan ini juga ada kaitan dengan usaha kerajaan negeri Sabah untuk menoktahkan kemiskinan. 
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
Follow us              
Daily Express TV  
© Copyright 2025 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here