Wed, 18 Jun 2025
Headlines:
KePKAS, Taman-Taman Sabah digesa perjelas isu: Pemusatan sistem untuk aktiviti sukan air
Published on: Friday, May 10, 2024
Published on: Fri, May 10, 2024
By: Nora Ahmad
Text Size:
Text:
KePKAS, Taman-Taman Sabah digesa perjelas isu: Pemusatan sistem untuk aktiviti sukan air
RUSDI (dua dari kiri) bersama ahli Persatuan Pemilik Syarikat dan Pengusaha Bot Pelancongan Jesselton Point Kota Kinabalu menunjukkan surat yang diterima berhubung pemusatan kaunter bagi aktiviti sukan air di pulau-pulau Taman Tunku Abdul Rahman.
Kota Kinabalu: Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah (KePKAS) dan Taman-Taman Sabah (TTS) digesa memberi penjelasan berhubung pelaksanaan pemusatan kaunter bagi aktiviti sukan air di Taman Tunku Abdul Rahman (TTAR), yang didakwa dilakukan tanpa perbincangan bersama pengusaha pelancongan di kawasan tersebut.

Timbalan Pengerusi Persatuan Pemilik Syarikat dan Pengusaha Bot Pelancongan Jesselton Point Kota Kinabalu Rusdi Saelih mendakwa, susulan pelaksanaan pemusatan kaunter itu, pengusaha dikenakan caj bagi setiap aktiviti sukan air yang dijalankan di pulau-pulau berkenaan.

Advertisement
Rusdi yang mewakili kira-kira 30 pengusaha pelancongan berkata, mereka hanya menerima notis makluman berhubung pelaksanaan pemusatan kaunter itu pada 18 April, sedangkan surat tersebut bertarikh 20 Mac.

“Difahamkan pelaksanaan pemusatan kaunter berkuatkuasa 1 Mei lalu dan dua syarikat dilantik secara terus oleh TTS, namun tiada sebarang pemberitahuan atau perbincangan dilakukan bersama pengusaha mengenai perkara ini.

SPONSORED CONTENT
This two-day event promises an immersive experience with strategic keynotes, interactive fireside chats, and VIP networking sessions and more!
“Pengusaha dikenakan caj bagi setiap aktiviti air yang dikendalikan di pulau-pulau tersebut dan setakat ini sukan air parasailing di Pulau Sapi dikenakan caj RM32, di mana jumlah itu juga tidak dinyatakan secara jelas pada resit yang dikeluarkan syarikat tersebut,” katanya kepada pemberita, petang Selasa.

Rusdi percaya caj yang dikenakan itu mempunyai unsur untung atas angin, kerana syarikat dilantik itu hanya mengenakan caj tetapi tidak mempunyai aset untuk ditawarkan kepada pelancong bagi aktiviti sukan air tersebut.

Advertisement
“Memang wujud untung atas angin dan lebih parah lagi kedua-dua syarikat ini tiada pengalaman dan tiada sebarang aset terhadap mana-mana aktiviti sukan air untuk ditawarkan kepada pelancong.

“Hasil semakan kami juga mendapati kedua-dua syarikat ini tiada lesen di bawah Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (Motac), sedangkan semua pengusaha mempunyai lesen tersebut bagi menjalankan aktiviti pelancongan di negeri ini,” dakwanya.

Advertisement
Sehubungan itu, Rusdi berkata, penjelasan dan perbincangan harus dibuat oleh pihak berkaitan kerana caj tersebut akan memberi kesan bukan saja kepada pemain industri tetapi juga sektor pelancongan di negeri ini.

“Caj yang dikenakan bukan saja memberi kesan kepada kami sebagai pengusaha, tetapi juga ejen serta pelancong yang akan dikenakan caj lebih tinggi dari sebelumnya,” katanya, menambah jika dibiarkan, isu itu juga akan merebak kepada pemain industri di pantai timur.

Kumpulan itu mendapatkan bantuan Adun Dilantik, Dr Aliakbar Gulasan membangkitkan perkara itu.

Sementara itu, Aliakbar berkata, sebarang keputusan baharu oleh pihak kerajaan atau TTS sepatutnya harus dibuat secara rundingan dengan semua pengusaha pelancong tersebut.

“Saya akan membantu pengusaha ini supaya mereka dapat berjumpa dengan Menteri Pelancongan dan Ketua Menteri bagi mencari jalan penyelesaian,” katanya.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
Follow us              
Daily Express TV  
© Copyright 2025 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here