Kota Kinabalu: Pengurus Besar Tanjung Aru Eco Development Sdn Bhd (TAEDSB) Datuk Jake Jikulin Nointin berkata kebersihan adalah tanggungjawab semua dan bukan hanya pihak berkuasa.
“Ini termasuk kebersihan pantai Tanjung Aru satu, dua dan tiga, yang di bawah tanggungjawab TAEDSB,” katanya.
Beliau menegaskan TAEDSB telah menjalankan tugas dengan baik menjaga kebersihan pantai sepanjang tahun.