Mon, 17 Jun 2024

HEADLINES :


ADVERTISEMENT

7,380 liter diesel dirampas di Penampang
Published on: Saturday, May 11, 2024
Text Size:

7,380 liter diesel dirampas di Penampang
Tangki yang dirampas diisi dengan diesel dan pam diletakkan di dalam sebuah van.
PENAMPANG: Pegawai penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) menumpaskan kegiatan membabitkan penyelewengan diesel di sebuah stor di kawasan Minintod, Jalan Panglima Banting, di sini.

Dalam serbuan jam 4.30 petang Khamis itu, sepasukan KPDN merampas 7,380 liter diesel yang disimpan dalam tiga tangki untuk tujuan industri.

Pengarah KPDN Sabah Georgie Abas berkata, hos getah, mesin pam termasuk van Toyota yang digunakan untuk penyelewengan bernilai RM57,067 turut dirampas.

“Seorang lelaki tempatan, dipercayai penjaga stor, ditahan dan keterangannya diambil bagi membantu siasatan,” katanya.

Tambahnya, risikan dijalankan selama seminggu sebelum serbuan dilakukan.

“Berdasarkan siasatan awal, premis itu tidak dibenarkan menyimpan diesel,” kata Georgie.

Beliau berkata, kes itu akan disiasat di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 dan Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan 1974.

Beliau memberi amaran bahawa individu yang didapati bersalah di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 berdepan denda sehingga RM1 juta dan sehingga RM3 juta atau tiga tahun penjara, atau kedua-duanya, bagi kesalahan berikutnya.

Bagi organisasi, tambah beliau, mana-mana syarikat yang melakukan kesalahan di bawah undang-undang sama berdepan denda maksimum RM2 juta dan RM5 juta bagi kesalahan berikutnya, jika sabit kesalahan.

“Kami akan terus mengadakan pemeriksaan dan memantau aktiviti berkaitan barangan kawalan di Sabah bagi membendung penyelewengan,” kata Abas.

Beliau berkata sesiapa yang mempunyai maklumat berkaitan aktiviti penyelewengan boleh menghubungi kementerian melalui WhatsApp di talian 019-848 8000 atau dalam talian menerusi eaduan.kpdn.gov.my.

Mereka juga boleh menghubungi 1-800-886-800 atau menggunakan aplikasi telefon pintar Ez ADU KPDN.

 

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.





ADVERTISEMENT






Berita Utama Hari Ini

Berita Popular


Follow Us  




Follow us on             

Daily Express TV  







close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
open

Try 1 month for RM 18.00

Already a subscriber? Login here