Sun, 16 Jun 2024

HEADLINES :


ADVERTISEMENT

10 peserta buru gelaran juara Clas-15 malam ini
Published on: Saturday, May 11, 2024
Text Size:

10 peserta buru gelaran juara Clas-15 malam ini
10 artis yang bakal berentap memburu gelaran juara.
SERAMAI 10 orang artis tempatan berentap merebut gelaran Anugerah Juara Carta Lagu Artis Sabah (Clas-15) musim ke-15 berlangsung di Dewan Resital, Universiti Malaysia Sabah (UMS), hari ini.

Pengarah Jabatan Penyiaran Malaysia, Salmah Hashim berkata, kelainan Clas-15 kali buat julung kalinya menampilkan gabungan ‘Orkestra Angkasapuri dan Kombo RTM Sabah’ mengiringi sepenuhnya 10 lagu akan dirakam sepenuhnya Unit Penerbitan TV, RTM Sabah sekali gus disiarkan di TV2, pada 6 Julai ini jam 9.00 malam.

Katanya, antara lagu dipertandingkan termasuklah (Menanti Akhirnya Malam) penyanyi Cearah, (Sumpah Setia) Santiana Ramli, (Sakitku Bahagiamu) Fadh Lee, (Teguh) Qalisya.

“Lagu lain (Kisah Kita) Ires, (Cinta Tak Sempurna) Rocasia, (Kerlingan Rindu)Syarweena, (Penjaga Jodoh) Apiz Paschya, (Mungkin ini Bukan Sayang) Velvet dan Verryca B (Rasa Hati),” katanya dalam kenyataan media di sini pada Jumaat.

Salmah berkata, program ini dihoskan DJ Pyan dan DJ Moon dan akan diadili empat juri profesional manakala artis jemputan dalam Clas-15 ini ialah Dayang Noraini dan Joy Bintang RTM 2024.

CYRIL (dua dari kanan), Howard (kanan) dan Dayang Marni.

Menurutnya, orang ramai dijemput menyaksikan Clas-15 manakala masuk adalah percuma dan siaran Clas-15 juga akan disiarkan secara langsung melalui Radio Sabahfm, jam 8.00 malam.

“RTM Sabah juga menyediakan siaran secara langsung melalui platform Facebook rasmi Hiburan dan Muzik. Ini merupakan peluang orang ramai untukmemberikan tanda sokongan kepada lagu dan artis tempatan Sabah melalui Clas-15 nanti,” tambah Salmah.

Dalam pada itu, sejumlah RM23,000 wang tunai bakal menanti 10 orang peserta akhir.

“Antara matlamat pertandingan ini ialah menggalakkan penciptaan lagu dalam bahasa melayu khususnya dalam kalangan komposer lagu di Sabah sekali gus dinyanyikan oleh artis tempatan Sabah,” kata Timbalan Pengarah Jabatan Penyiaran Malaysia, Sabah Cyril Simon.

“Selain memberi galakan kepada komposer Sabah untuk menghasilkan lagu melayu yang berkualiti tinggi sekali gus berjaya menembusi pasaran di luarnegeri Sabah,” tambahnya.

Cyril berkata, penampilan istimewa sempena CLAS-15 adalah Orkestra RTM yang akan mengiringi sepenuhnya persembahan malam tersebut bertemakan kongsep ‘Majestic Batik’.

“Ini mengimbas kembali pemilihan merebut gelaran Juara Lagu yang disiarkan pada setiap minggu 10 lagu ciptaan komposer tempatan.

“Kesemua artis  berentap dalam carta mingguan disiarkan setiap Sabtu pukul 2  hingga 3 petang selama 52 minggu melalui siaran Sabah FM,” jelas Cyril.

Menurutnya, sepanjang musim ke 15 ini, sebanyak 46 lagu dicalonkan dalam carta dan diundi melalui kaedah undian google form boleh diperoleh menerusi Fan Page Facebook Carta Lagu Artis Sabah (Clas).

“Hadiah Juara Lagu ialah wang tunai berjumlah RM5,000 manakala pemenang Vokal Terbaik RM3,000 dan Lirik Terbaik RM3,000 beserta sijil dan hadiah iringan.

“Persembahan terbaik bakal memenangi wang tunai berjumlah RM3,000 beserta piala dan hadiah lain disumbangkan disumbangkan Jetama Sdn Bhd,” kata Cyril.

Dalam perkembangan sama, beliau menambah sembilan hadiah saguhati berjumlah RM1,000 beserta piala serta sijil penyertaan dan hadiah iringan lain disumbangkan Sabah Oil Gas & Development Sdn Bhd.

Hadir sama, Penolong Pengarah Hiburan dan Muzik, Howard Martin Kim Sung dan Penerbit Anugerah Juara Carta Lagu Artis Sabah musim ke-15, Dayang Marni Awang Matusin.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.





ADVERTISEMENT






Berita Utama Hari Ini

Berita Popular


Follow Us  




Follow us on             

Daily Express TV  







close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
open

Try 1 month for RM 18.00

Already a subscriber? Login here