Mon, 23 Jun 2025
Headlines:
Pendaki China terseliuh buku lali
Published on: Sunday, May 12, 2024
Published on: Sun, May 12, 2024
By: Clarence Dol
Text Size:
Text:
Pendaki China terseliuh buku lali
ANGGOTA Mosar membawa pendaki itu turun ke Pintu Timpohon.
RANAU: Seorang pendaki lelaki warganegara China menjadi mangsa kesembilan mengalami komplikasi ketika mendaki Gunung Kinabalu tahun ini, selepas tergelincir dan terjatuh di sini, pada Sabtu.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Ranau, Ridwan Mohd Taib berkata, kejadian berlaku di Kilometer 3.3, Gunung Kinabalu, kira-kira jam 11 pagi.

Advertisement
“Kami menerima panggilan melalui talian balai dan sepasukan tujuh anggota diketuai Pegawai Operasi PBB Alexander Justin bergegas ke tempat kejadian.

“Apabila pasukan tiba di lokasi, kami mendapati seorang pendaki mengalami kecederaan buku lali kiri terseliuh dan bengkak ketika turun dari Gunung Kinabalu.

SPONSORED CONTENT
This two-day event promises an immersive experience with strategic keynotes, interactive fireside chats, and VIP networking sessions and more!
“Mosar (Pasukan Mencari dan Menyelamat Gunung Kinabalu) memberikan rawatan awal dan membawa turun pendaki itu menggunakan Pengusung Robinson ke arah Pintu Timpohon,” katanya.

Menurut Ridwan, kira-kira jam 2 petang, mangsa selamat tiba di Pintu Timpohon dan diserahkan kepada petugas Taman Sabah untuk dihantar ke hospital bagi rawatan lanjut.

Advertisement
Tambahnya, kes pada Sabtu menjadi kes kedua bagi Mei tahun ini, dan ke-9 bagi tahun ini.

Pada Januari, tiga pendaki mengalami pelbagai kecederaan ketika mendaki Gunung Kinabalu manakala pada dua kes masing-masing direkodkan pada Februari dan Mac.

Advertisement
Beliau mengulangi nasihatnya kepada semua pendaki yang akan datang supaya mengambil penilaian serius terhadap kesihatan mereka sebelum mendaki Gunung Kinabalu.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
Follow us              
Daily Express TV  
© Copyright 2025 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here