Fri, 16 May 2025
Headlines:
Queency dinobat Unduk Ngadau Telupid
Published on: Monday, May 13, 2024
Published on: Mon, May 13, 2024
By: Mardinah Jikur
Text Size:
Text:
Queency dinobat Unduk Ngadau Telupid
QUEENCY (tengah) diapit oleh Judith dan Quenses.
TELUPID: Queency Isabelle Ladzrus, 23, dinobatkan sebagai Unduk Ngadau Telupid 2024 pada Sambutan Pesta Kaamatan Daerah Telupid yang diadakan di Dewan Institut Perhutanan Sabah (IPS) Telupid, disini, pada Sabtu.

Selaku juara, Queency menerima hadiah wang tunai RM3,000, mahkota, piala, sijil, jambangan bunga, produk kecantikan dan baucar kecantikan. 

Advertisement
Hadiah disampaikan Datin Litah Anita Phillip yang juga isteri kepada Anggota Dewan Undangan Negeri Telupid, Datuk Jonnybone J Kurum yang merasmikan majlis itu.

Manakala pemahkotaan disempurnakan Litah bersama juara Unduk Ngadau Telupid 2023, Doren Olivia Gilbert.

SPONSORED CONTENT
KOTA KINABALU: Business owners, visionary entrepreneurs, and corporate leaders from across Malaysia are set to converge at one of Sabah’s most anticipated leadership events: CEO Masterclass (CEOM) 2025, happening on the 9th and 10th of July 2025 at the Sabah International Convention Centre (SICC). .
Selaku juara, Queency yang menewaskan 11 jelitawan lain pada majlis itu akan mewakili daerah Telupid ke Unduk Ngadau peringkat negeri.

Dia juga akan bertemu adiknya yang juga juara Unduk Ngadau KDCA Sarawak 2024, Qheesthyna Issandra Ladzrus yang mewakili KDCA Sarawak ke Pesta Kaamatan peringkat negeri Sabah pada hujung bulan ini.

Advertisement
Sementara itu, ditempat kedua Unduk Ngadau Telupid 2024 dimenangi oleh Judith Chrissie Edwin, yang membawa pulang wang tunai RM2,000 beserta piala, sijil, jambangan bunga, produk kecantikan dan baucar kecantikan.

Manakala ditempat ketiga ialah Quenses Eva Lysthie Wong, 18 yang membawa pulang hadiah wang tunai RM1,000 beserta piala, sijil, jambangan bunga, barangan kecantikan dan baucar kecantikan.

Advertisement
Pemenang saguhati menerima RM300, sijil, jambangan bunga dan set mandian.

Pemenang tempat keempat hingga tujuh menerima RM400, sijil, jambangan bunga dan set mandian.

Sementara itu di BELURAN, Viezyeci Hebron dinobatkan sebagai juara Unduk Ngadau daerah Beluran 2024 pada sambutan Pesta Kaamatan Beluran 2024 di Dewan Masyarakat Beluran pada Sabtu.

Selaku juara, Viezyeci membawa pulang hadiah wang tunai RM3,000, mahkota, piala, sijil, jambangan bunga dan hadiah iringan. 

Manakala ditempat kedua dimenangi oleh Greeley D Yakobos yang menerima wang tunai RM2,000 dan hadiah iringan lain.

Ditempat ketiga ialah Anndreaalicia Claudius yang menerima hadiah wang tunai RM1,000 beserta hadiah iringan yang lain.

Hadiah kepada pemenang disampaikan Datin Rosminah Arman yang juga isteri kepada Pembantu Menteri Pembangunan Luar Bandar yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri Labuk, Datuk Samad Jambri yang merasmikan majlis itu.

Viezyeci juga akan mewakili daerah Beluran pada pertandingan Unduk Ngadau peringkat negeri pada hujung bulan ini. 
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
Follow us              
Daily Express TV  
© Copyright 2025 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here