Sat, 8 Jun 2024

HEADLINES :


ADVERTISEMENT

23 karya menang hadiah cerpen, puisi dan puisi esei HE-Bahasa
Published on: Tuesday, May 14, 2024
Text Size:

23 karya menang hadiah cerpen, puisi dan puisi esei HE-Bahasa
Menurut Jasni, semua karya yang terpilih kali itu bukan sahaja memperlihatkan ketajaman pemikiran penulis Sabah dalam mengungkapkan kisah masyarakat dalam bentuk karya kreatif, tetapi boleh dijadikan panduan dan ikhtibar oleh Masyarakat dalam meneruskan kehidupan.
Kota Kinabalu: Sebanyak 23 buah karya yang tersiar dalam akhbar Harian Ekspres sepanjang 2023 memenangi hadiah Cerpen, Puisi dan Puisi Esei yang dikendalikan oleh Badan Bahasa dan Sastera Sabah (Bahasa)

Presiden Bahasa, Datuk Jasni Matlani berkata, karya ini terpilih daripada lebih 300 karya dalam genre cerpen, puisi dan puisi esei yang tersiar dalam ruangan sastera dan budaya, akhbar itu.

“Karya yang terpilih memperlihatkan mutu estetika yang baik dan sebahagian besarnya mengungkapkan kisah masyarakat yang positif dan bersedia bersaing pada peringkat yang lebih tinggi dan mencabar,” katanya dalam kenyataan.

Karya berjaya memenangi hadiah dalam genre cerpen adalah Di Pentas Teater oleh Aminah Sambion, Cerpen Manifestasi Kehidupan (Chacho Mohama), Pencatur (Rodiah Haji Said), Pintu Neraka Turkmenistan dari Rumah Angka (Ruzaini Awang) dan Kerana Maruah oleh Kathirina Susanna Tati.

Turut menang adalah Doa dan Harapan oleh Intan Rosina, Jari Manis Anakku (Ramlah Janang), Wad Perempuan Katil No 9 (R. Disma), Sebuah Tragedi (Hamidah Imam Kassam) dan Senja dan Luka oleh Atie Rudy.

Sementara itu, 10 karya yang berjaya memenangi hadiah ialah Aku dan Pantai oleh Edward Solibi, Setenang Air di Kali (Norhayati Tasif), Ladang Madani (Duliam Suari), Bintang Sastera di Singgahsana oleh Yuliana Daisong, Dermaga Bahtera dan Nakhoda (Nim Yorza), Fajar (al-Fakir Hartawan), Topeng Wajah (Azmi Mohamad), Sang Musim yang Tiba (Norlie Masrin), Puisi Buat Sahabatku dan Bicara Kepada Tuhan (James Taling) dan puisi Menyapa Kota Tua oleh Abdul Razak Salleh.

Panel penilai juga memilih tiga puisi esei untuk diberikan hadiah. Puisi esei berkenaan ialah Pejuang Bahasa dan Sastera oleh Abdul Karim Gullam, Surat Pertama untuk Anakku Jamilah, Seorang yang Rendah Hati oleh Haliza Matali dan Rindu Tidak Bernoktah oleh Salvia Rose.

Menurut Jasni, semua karya yang terpilih kali itu bukan sahaja memperlihatkan ketajaman pemikiran penulis Sabah dalam mengungkapkan kisah masyarakat dalam bentuk karya kreatif, tetapi boleh dijadikan panduan dan ikhtibar oleh Masyarakat dalam meneruskan kehidupan.

Jasni turut mengucapkan terima kasih kepada pengarang Harian Ekspres yang menyiarkan karya cerpen, puisi, dan puisi esei yang berkualiti setiap minggu dalam akhbar berkenaan.

“Terima kasih juga kepada Kerajaan Negeri Sabah, dan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (Motac) yang membiayai hadiah ini,” katanya. 

Hadiah kepada pemenang dijangka disampaikan pada Festival Kesusasteraan, Kesenian dan Puisi Esei Antarabangsa Ke-3, 2024, di Dewan Besar Amil Jaya, Dewan Bahasa dan Pustaka pada 7 Jun ini.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.





ADVERTISEMENT






Berita Utama Hari Ini

Berita Popular


Follow Us  




Follow us on             

Daily Express TV  







close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
open

Try 1 month for RM 18.00

Already a subscriber? Login here