PAITAN: Elvera Latius dinobatkan sebagai juara Unduk Ngadau Paitan pada sambutan Pesta Kaamatan Peringkat Daerah Kecil Paitan 2024 di Dewan Terbuka, Sabtu.
Dia mengalahkan sembilan jelitawan yang lain untuk membawa pulang hadiah wang tunai RM5,000, mahkota, sijil dan hadiah iringan yang lain.
Elvera juga akan mewakili Paitan ke pertandingan Unduk Ngadau Kaamatan peringkat negeri pada hujung bulan ini.
Ditempat kedua ialah Yulianah George yang membawa pulang wang tunai RM3,000 dan hadiah iringan lain.
Kimberly Jane Prisley pula di tempat ketiga dan menerima RM1,500 dan hadiah iringan yang lain.
Datin Nuriah Pangeran Ahmad, yang juga isteri Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat merangkap Adun Sugut, Datuk James Ratib menyampaikan hadiah.