Thu, 25 Jul 2024

HEADLINES :


DBKK akan perluas sistem pelupusan sampah sendiri di CBD
Published on: Thursday, May 16, 2024
By: Sidney Skinner
Text Size:

DBKK akan perluas sistem pelupusan sampah sendiri di CBD
PEMBAYAR kadar membawa sampah mereka ke trak pemampat sampah.
DEWAN Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) berharap untuk menamatkan keperluan untuk rumah sampah di daerah pusat perniagaan (CBD) menjelang tahun depan, dengan agensi terbabit memperluaskan sistem pelupusan sampah sendiri ke satu bahagian di Ibu negeri itu.

Jurucakap Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal (JPSP) DBKK berkata sistem itu beroperasi di kawasan Kg Air sejak lima tahun lalu dan di medan selera Anjung Senja sejak 2022.

“Trak pemampat sampah kami akan datang ke tempat ditetapkan sekali pada waktu pagi dan sekali lagi pada waktu malam, sebagai sebahagian daripada sistem itu,” katanya.

KAKITANGAN JPSP mengosongkan tong sampah dekat bulatan hotel Horizon semasa Pasar Malam Makanan Kota Kinabalu.

“Mereka yang berada di sekitar akan membawa sampah dari premis masing-masing pada waktu-waktu ini, untuk dibuang ke belakang kenderaan itu.”

Katanya, tapak pengumpulan telah ditandakan di atas permukaan jalan di tiga lokasi strategik di sekitar Kg Air untuk menunjukkan di mana trak pemampar itu berhenti.

“Empat rumah sampah kami di Kg Air, dan satu lagi memberikan perkhimatan di medan selera, ditutup sejurus kami mula melaksanakan sistem pelupusan sampah sendiri.”

Jurucakap itu berkata agensi itu menyedari peningkatan ketara dalam persekitaran di kedua-dua lokasi sepanjang tempoh tertentu.

“Terdapat penurunan ketara dalam bilangan tikus di sekitar Kg Air dan Anjung Senja.

“Tanpa beg sisa dapur yang bertimbun di pusat-pusat ini, atau sisa makanan dibuang secara sembarangan di sekitar struktur ini, tikus-tikus ini pada dasarnya kehilangan sumber makanan utama.”

Katanya, ketiadaan sampah yang membusuk juga meminimumkan gangguan yang ditimbulkan oleh air larutresap – cecair berbau busuk yang mengalir daripada, atau melarut resap menerusi timbunan plastik sampah.

Selain itu, katanya, perbuatan laku musnah membabitkan lekapan di rumah sampah di Kg Air dan Anjung Senja juga berkurangan.

Pelaku musnah sebelum ini membakar tong sampah komunal atau melarikan roda tong sampah ini, menurutnya.

“Kami berhasrat untuk menghapuskan secara beransur-ansur rumah sampah lain di CBD, yang terletak di bawah bidang kuasa DBKK menjelang 2025.”

Terdapat sejumlah 306 rumah sampah di seluruh Bandaraya, menurutnya, dengan 119 daripadanya adalah milik pihak berkuasa.

“Daripada membiarkan kemudahan ini terbiar dan menjadi buruk, sekiranya ia rosak, kami berhasrat untuk menggunakannya semula untuk pembersih jalan kami.

“Ia akan dijadikan pusat operasi untuk kakitangan kami yang bertanggungjawab memastikan kawasan umum sentiasa bersih dan teratur.”

Jurucakap itu berkata JPSP sedang bersiap sedia untuk melaksanakan sistem pembuangan sampah sendiri di kawasan Bandaran Berjaya, di mana sebuah kedai makan ditutup baru-baru ini selepas najis tikus dikesan di dalam premis itu.

“Kami sedang mengatur untuk mengadakan satu lagi pertemuan dengan pemilik kedai dan penyewa, bulan ini, untuk memberikan mereka pemahaman yang lebih baik tentang bagaimana sistem itu akan berfungsi.”

Katanya, DBKK mempunyai tiga rumah sampah yang memberi perkhidmatan kepada pembayar kadar di rumah kedai di bahagian Ibu Negeri ini.

“Satu, yang berhampiran lereng bukit ditutup awal tahun ini kerana kami menyedari ia kurang digunakan. Ini mungkin berlaku kerana ia terletak di kawasan terpencil.

“Kakitangan kami juga mendapati tong sampah menjadi sasaran pelaku musnah.”

DBKK sebagai sebahagian daripada Sistem Pelupusan Sisa Sendiri di kawasan Kg Air.

Dia berkata agensi itu menyasarkan untuk menutup rumah sampah selebihnya dalam beberapa peringkat akhir tahun ini.

Sementara itu, JPSP akan meningkatkan usaha untuk membersihkan sampah yang dihasilkan oleh orang ramai yang hadir ke Pasar Malam Makanan Kota Kinabalu pada Jumaat dan Sabtu.

Jurucakap itu berkata, seramai 15 kakitangan DBKK, dibahagikan kepada dua pasukan, bertanggungjawab bagi menangani sampah pada malam setiap Jumaat dan Sabtu.

“Satu kumpulan mengosongkan tong sampah dan mengutip sampah yang dibuang di antara air pancut di Jalan Gaya dan Lintasan Deasoka antara 6 petang-12 tengah malam pada Jumaat, manakala yang lain melakukannya pada Sabtu.”

Ketika ditanya sama ada tong sampah mencukupi untuk menampung kehadiran orang ramai yang datang ke Pasar Malam itu, katanya, terdapat lapan bekas seperti itu disediakan di sekitar Lintasan Desoka dan di hadapan ibu pejabat DBKK.

“Setiap tong sampah ini boleh menampung sebanyak 40 kilogram sampah.

“Sekiranya lebih banyak diperlukan, terutama di Jalan Jati yang mana ramai orang suka berkumpul, maka kami akan mempertimbangkan beberapa bekas diletakkan di situ buat sementara waktu,” katanya.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.





ADVERTISEMENT






Berita Utama Hari Ini

Berita Popular


Follow Us  




Follow us              

Daily Express TV  







close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
open

Try 1 month for RM 18.00

Already a subscriber? Login here