Thu, 13 Jun 2024

HEADLINES :


ADVERTISEMENT

Umno digesa perjelas langkah: Joniston
Published on: Thursday, May 16, 2024
Text Size:

Umno digesa perjelas langkah: Joniston
Joniston (kiri) menggesa Zahid (kanan), yang juga Presiden Umno, menjelaskan keputusan itu kepada rakyat Sabah yang menganggapnya sebagai strategi “pecah dan perintah” bertujuan untuk mengukuhkan kehadiran Umno di negeri itu.
Kota Kinabalu: Ketua Penerangan Parti Bersatu Sabah (PBS) Datuk Joniston Bangkuai (gambar) menyuarakan kebimbangan berhubung penubuhan Jawatan-kuasa Kemajuan Desa Madani (JKDM) di Sabah, yang dimulakan oleh Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah yang diketuai oleh Timbalan Perdana Menteri. Datuk Seri Zahid Hamidi.

Joniston, yang juga Ketua Penerangan Gabungan Rakyat Sabah (GRS), mengkritik tindakan itu, mengatakan ia tidak mengambil kira peranan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) sedia ada di bawah naungan Kerajaan Sabah.

“Apakah rasional penubuhan JKDM? Adakah keperluan untuknya sedangkan kita sudah mempunyai JKKK di setiap kampung?,” beliau bertanya.

Joniston berkata, langkah sedemikian bertentangan dengan semangat konsep Madani yang didokong oleh Kerajaan Persekutuan yang menekankan persefahaman, kerjasama dan perpaduan dalam kalangan rakyat.

Joniston menggesa Zahid, yang juga Presiden Umno, menjelaskan keputusan itu kepada rakyat Sabah yang menganggapnya sebagai strategi “pecah dan perintah” bertujuan untuk mengukuhkan kehadiran Umno di negeri itu.

“Sepanjang pengetahuan saya, tidak ada JKDM di Sarawak, di mana tidak ada kehadiran Umno,” katanya.

Walaupun tiada pengumuman rasmi dibuat, sepucuk surat yang didakwa ditandatangani oleh Zahid berhubung penubuhan JKDM di beberapa DUN tular di media sosial sehingga mencetuskan kebimbangan.

Sementara itu, Ketua Pemuda PBS Christoper Mandut berkata terdapat beberapa gerakan parti berpangkalan di semenanjung yang menunjukkan sikap tidak hormat terhadap Kerajaan Sabah.

Sambil menyifatkan mereka sebagai “samseng Malaya”, Mandut berkata parti yang memerintah negara selama kira-kira enam dekad sudah lama merompak sumber Sabah dan memusnahkan demografi negeri ini.

“Semasa lawatan presiden parti ke Kinabatangan baru-baru ini, beliau menunjukkan beberapa percubaan untuk menjajah Sabah dengan memberi ‘gula-gula’ kepada rakyat.

“Adalah jelas bahawa strategi politik ‘pecah dan perintah’ mereka digunakan semula, sama seperti ketika mereka berusaha untuk menggulingkan PBS dan membawa parti itu ke Sabah,” katanya.

Mandut turut mempersoalkan relevannya mewujudkan Jawatankuasa Kemajuan Desa Madani yang seolah-olah meniru Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JPKK).

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.





ADVERTISEMENT






Berita Utama Hari Ini

Berita Popular


Follow Us  




Follow us on             

Daily Express TV  







close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
open

Try 1 month for RM 18.00

Already a subscriber? Login here