Kota Kinabalu: Tiga perenang para Sabah akan bertanding dalam Siri Dunia Renang Para Citi Singapura yang akan bermula Jumaat ini di Pusat Akuatik OCBC.
Brenda Larry, Abd Halim Mohammad dan Ethan Khoo adalah antara lapan atlet yang terpilih mewakili negara.
Brenda dalam kategori S4 akan bersaing dalam acara 150m rampaian, 100m kuak dada, 50m kuak kupu-kupu, 50m kuak lentang dan 50m gaya bebas.
Acara yang Abd Halim akan sertai dalam kategori S8 ialah 50m gaya bebas, 100m gaya bebas, 100m kuak dada dan 200m rampaian.
Manakala Ethan Khoo dalam kategori S14 akan bersaing dalam 200m gaya bebas, 400m gaya bebas, 100m kuak lentang, 100m kuak dada dan 200m rampaian.
Jurulatih para negeri Eva Wong juga telah dilantik sebagai salah seorang jurulatih bersama Fumiyo Minemura dan Fraidden Dawan, manakala seorang lagi warga Sabah, Thien Oi Yee menjadi penolong jurulatih.
Advertisement
.png)
Perenang lain dalam pasukan itu ialah Carmen Lim dan Muhhd Zafri dari Selangor, Muhd Rusdianto dan Muhd Adib dari Sarawak dan Muhd Duran dari Kuala Lumpur.