Sun, 16 Jun 2024

HEADLINES :


ADVERTISEMENT

Maritim tahan dua juragan di Tawau
Published on: Friday, May 17, 2024
By: Lagatah Toyos
Text Size:

Maritim tahan dua juragan di Tawau
JURAGAN disyaki seludup PTI.
TAWAU: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Tawau menahan seorang juragan disyaki ejen penyeludupan pendatang tanpa izin (PTI) di perairan Sungai Serudung sekitar jam 1.40 petang Rabu.

Pengarah Zon Maritim Tawau, Kepten Maritim Shahrizan Raman berkata, suspek yang membawa bot kayu itu ditahan di kedudukan 6.7 batu nautika barat daya Muara Tanjung Doris kerana pergerakan mencurigakan dari Perairan Sungai Serudung menuju ke Sungai Kalabakan.

Menurutnya, semasa pemeriksaan pasukan bot peronda Maritim, juragan tersebut gagal mengemukakan dokumen pengenalan diri yang sah dan tidak memiliki lesen pendaftaran bot.

“Pemeriksaan lanjut ke atas telefon bimbit suspek mengesyaki lelaki itu merupakan ejen penyeludupan PTI di pedalaman berdasarkan maklumat perbualan yang terkandung dalam peti pesanan telefon bimbitnya.”

Shahrizan berkata, dalam Op Sejahtera dan Op Pluto Timur yang dijalankan itu, pihaknya turut menahan seorang juragan lelaki warga tempatan, 28, yang disyaki memuatkan barang kawalan dalam bot penumpang.

Katanya, suspek ditahan di kedudukan 0.6 batu nautika tenggara Jeti CIQ Tawau sekitar jam 3.45 petang hari yang sama.

Menurutnya, pihaknya menemui 200 kilogram (kg) beras putih, empat gelen bahan api jenis petrol dianggarkan 100 liter dan dua unit tong gas LPG berisi yang dimuat di atas bot suspek.

“Pemeriksaan dokumentasi ke atas bot terbabit mendapati juragan gagal mengemukakan sebarang permit serta lesen yang sah berkaitan muatan dan barang kawalan yang dibawa serta melanggar Enakmen Pelabuhan dan Dermaga Sabah,” katanya.

Mengulas lanjut, Shahrizan berkata, kedua-dua juragan, bot serta muatan yang ditahan  dibawa ke Jeti Zon Maritim Tawau dan diserahkan kepada pegawai penyiasat Zon Maritim Tawau untuk siasatan lanjut.

Katanya, kes itu disiasat di bawah Enakmen Jabatan Pelabuhan dan Dermaga Sabah, Akta Kawalan Bekalan 1961, Akta Kastam 1967 dan Akta Imigresen 1959/63. 

Kesemua barangan, termasuk dua bot, enjin bot dan muatan barangan yang disita, dianggarkan bernilai melebihi RM34,000.

Beliau menggesa orang ramai menyalurkan sebarang maklumat berkaitan jenayah di laut ke Pusat Operasi Zon Maritim Tawau di talian 089-750116 atau MERS 999.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.





ADVERTISEMENT






Berita Utama Hari Ini

Berita Popular


Follow Us  




Follow us on             

Daily Express TV  







close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
open

Try 1 month for RM 18.00

Already a subscriber? Login here