Sun, 23 Jun 2024

HEADLINES :


ADVERTISEMENT

Bantuan RM320 juta tangani masalah air Sabah tiba Julai
Published on: Saturday, May 18, 2024
By: Jonathan Nicholas
Text Size:

Bantuan RM320 juta tangani masalah air Sabah tiba Julai
SHAHELMEY (tengah) melakukan majlis pecah tanah di Loji Rawatan Air Kasigui, Penampang.
PENAMPANG: Bantuan RM320.25 juta Kerajaan Persekutuan untuk masalah air di Sabah dijangka tiba Julai ini.

Menteri Kerja Raya Sabah Datuk Ir Shahelmey Yahya berkata peruntukan itu tetap tetapi tidak sebelum beberapa kelulusan perlu daripada Kementerian Ekonomi dan agensi berkaitan dengan air.

“Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, semasa mesyuarat membincangkan pembangunan Sabah pada April, mengarahkan proses itu dijalankan sebelum pengeluaran NOC (notis perubahan).

“Ini membolehkan proses itu dipercepatkan dan dijalankan serentak yang kita jangka akan dapat lihat pada Julai.

“Kita sudah menunggu agak lama untuk ini,” katanya mengenai pengumuman yang dibuat pada Jun 2023.

Shahelmey ditemui pada majlis pecah tanah Skim Bekalan Air Segera (UWSS) di Loji Rawatan Air Kasigui, di sini, Jumaat.

Skim itu akan membolehkan tambahan lima juta liter sehari (JLH) air untuk memberi manfaat kepada 25,000 penduduk Putatan. Purata penggunaan air harian Putatan ialah 200 liter sehari.

UWSS dilihat sebagai langkah penting bagi Jetama Water Sdn Bhd sebagai syarikat pengurusan Loji Rawatan Air Kasigui dalam membantu Kerajaan menangani isu kekurangan air.

Projek itu akan merangkumi pelbagai kerja menaik taraf, termasuk menaik taraf struktur saluran air Kasigui lama, pemasangan saluran paip air mentah dan pemasangan paip air terawat.

Ia hanya penyelesaian jangka pendek untuk penduduk Putatan, kata Shahelmy. Sebanyak 10 JLH lagi akan dipam ke Putatan apabila Loji Rawatan Air Kogopon 2 mula beroperasi pada 2026.

Beliau berkata Loji Rawatan Air Kasigui juga akan menghasilkan tambahan 10 JLH tetapi sedang menunggu NOC. Kerja-kerja dijangka bermula pada penghujung 2024.

“Penyelesaian jangka panjang ialah empangan yang dibina sama ada di Papar atau empangan Ulu Padas yang sedang dalam pembinaan. Sekiranya empangan Papar mendapat bantuan, ia akan dapat membekalkan kami bekalan air yang mencukupi sehingga 2050. Bagaimanapun, isu kewangan dan teknikal masih dibincangkan,” katanya.

Sementara itu, beliau mengumumkan Jetama juga akan membekalkan sistem air minuman mudah alih berkuasa solar ke 10 kawasan di kawasan pedalaman.

Shahelmey berkata air graviti, sungai, tasik malah air bawah tanah akan menjalani pelbagai peringkat penapisan, termasuk ultraungu, dan mempunyai jangka hayat yang panjang serta mampu menghasilkan 30,000 liter sehari cukup untuk kira-kira 7,000 individu.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.





ADVERTISEMENT






Berita Utama Hari Ini

Berita Popular


Follow Us  




Follow us on             

Daily Express TV  







close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
open

Try 1 month for RM 18.00

Already a subscriber? Login here