Sun, 16 Feb 2025
Headlines:
Harus ada satu badan sahaja
Published on: Sunday, May 19, 2024
Published on: Sun, May 19, 2024
Text Size:
Text:
Harus ada satu badan sahaja
Ewon yang juga Presiden Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (Upko) percaya, penubuhan JKKP lebih kepada inisiatif parti politik dan tidak melalui wakil-wakil rakyat.
PENAMPANG: Sabah mempunyai Ordinan Pentadbiran Luar Bandar yang sudah dipinda untuk pentadbiran kampung dan seharusnya hanya satu badan pengurusan kampung di negeri ini, kata Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick.

Beliau berkata, Ordinan Pentadbiran Luar Bandar itu diluluskan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah di mana hanya ada satu pentadbiran kampung iaitu Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) yang diiktiraf dan dilantik oleh kerajaan negeri.

Advertisement
“Sekiranya ia merupakan suatu dasar negara, maka ia harus dilaksanakan di seluruh negara, tetapi di Sarawak dan beberapa negeri lain di Semenanjung ia tidak dilaksanakan.

“Oleh itu, saya  telah menjelaskan pandangan saya yang cukup tegas, saya tidak setuju tentang penubuhan JKKP apabila ia dibangkitkan di Kabinet. 

SPONSORED CONTENT
When it comes to skincare, the first thought on our minds would be beauty products such as serums, creams, and masks. However, beauty experts and even researchers have stated that drinking more water can be just as crucial for your skin's health.
“Saya percaya keputusan pada ketika itu, cadangan tersebut harus dirunding dengan kerajaan negeri. Jadi saya tidak tahu kenapa ia masih diteruskan,” katanya dalam kenyataan.

Beliau merujuk kepada pewujudan jawatankuasa kampung yang dimulakan oleh Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah. Menterinya Datuk Seri Zahid Hamidi, yang juga Presiden Umno, berkata langkah itu dibuat kerana semua kedudukan peringkat negeri dan akar umbi didominasi oleh komponen GRS, menyebabkan Umno terpinggir.

Advertisement
“Saya akan mendapatkan penjelasan lanjut daripada kementerian berkenaan dan saya juga ingin mendapatkan penjelasan daripada kerajaan negeri sama ada ia dirujuk tentang penubuhan ini,” katanya. 

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Sambutan Pesta Kaamatan Peringkat Daerah Penampang, di Padang B, Kompleks Sukan Penampang, di sini, Sabtu.

Advertisement
Ewon yang juga Presiden Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (Upko) percaya, penubuhan JKKP lebih kepada inisiatif parti politik dan tidak melalui wakil-wakil rakyat.

“Contohnya di Moyog, saya tidak pernah dibawa berbincang. Begitu juga di Kadamaian, saya tidak akan menghantar senarai bagi kawasan DUN Kadamaian kerana ini pendirian saya – tidak harus ada pentadbiran JKKK kedua dalam satu satu kampung di Sabah.

“Sebagai wakil rakyat dari Sabah, dan walaupun mempunyai kementerian persekutuan, saya tetap berpendirian bahawa tidak harus ada JKKP di Sabah,” katanya.

“Pandangan dan pendirian saya sudah direkodkan dengan jelas dalam perbincangan kabinet dan pendirian saya tidak berubah sejak saya menjadi Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah. Pada ketika itu juga ada usaha untuk menubuhkan MPKK Persekutuan, saya menyatakan bantahan dan pendirian saya kekal sehinga hari ini,” katanya.

“Pada saya dan Upko, harus ada satu institusi pentadbiran kampung mengikut ordinan yang diluluskan di DUN iaitu Ordinan Pentadbiran Luar Bandar Sabah yang diluluskan dan dipinda pada sidang DUN Januari lepas,” katanya.

Sementara itu, Parti Solidariti Tanah Airku (Star) Sabah berkata penubuhan Jawatankuasa Komuniti Desa Madani (JKDM) oleh Kerajaan Persekutuan boleh menimbulkan konflik urus tadbir dengan JKKK sedia ada di bawah Kerajaan Sabah. Pengarah Strateginya Dr Paul Porodong percaya, Kerajaan Sabah di bawah Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor mengalu-alukan sebarang bantuan kewangan kepada penduduk luar bandar, namun biarlah bantuan itu disalurkan dalam bentuk projek pembangunan.

“Memberikan peruntukan puluhan ribu ringgit sebagai elaun kepada individu dilantik hampir tiada faedah kepada pembangunan luar bandar,” katanya selepas mesyuarat persediaan untuk Mesyuarat Agung Tri-Tahunan Star Kali Ke-3 bulan depan, yang dipengerusikan Setiausaha Agung Datuk Edward Linggu di Sokid Villa.

Mesyuarat Agung Tri-Tahunan Kali Ke-3 itu dijadual dirasmikan Presiden Star Datuk Seri Dr Jeffrey G Kitingan yang juga Timbalan Ketua Menteri.

Seterusnya, Paul menyifatkan langkah Kementerian Persekutuan untuk menubuhkan JKDM itu sebagai membazir wang rakyat.

Katanya, pihak yang merasa dipinggirkan menubuhkan ‘Kerajaan Bayangan’ untuk mencadangkan polisi dan tindakan alternatif kepada Kerajaan Sabah. 

Melalui cara itu, kata Paul, rakyat boleh menilai sendiri kebolehan pihak berkaitan merancang dan mengurus tadbir rakyat Sabah.

Menurut Paul, masyarakat akar umbi akan melihat penubuhan JKDM sebagai usaha melaga-lagakan kepimpinan di peringkat kampung.

“Kita tidak mahu gagasan Madani menjadi satu  wewenang menunjukkan sikap melaga-lagakan masyarakat demi kepentingan peribadi. 

“Carilah wawasan yang lebih konstruktif untuk membangun kedaifan luar bandar Sabah,” katanya.
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
Follow us              
Daily Express TV  
© Copyright 2025 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here