TAWAU: Dua pelajar Institusi Pengajian Tinggi (IPT) yang dilaporkan ditahan kerana dipercayai mempunyai kaitan dengan serangan berdarah di Balai Polis Ulu Tiram, Johor pada awal pagi Khamis, disahkan bukan di bawah seliaan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).
Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Mustapha Sakmud berkata, perkara itu adalah hasil maklumat awal siasatan dijalankan kementerian.
Menurutnya, seorang pelajar perempuan yang ditahan merupakan penuntut kolej swasta di bawah kementerian lain, manakala seorang pelajar lelaki terlibat merupakan pelajar IPT swasta di bawah KPT, namun sudah berhenti kursus sejak 2021.
Advertisement