Kota Kinabalu: Gerakan Kuasa Rakyat Malaysia (G57) menggesa pasukan keselamatan untuk meningkatkan keselamatan ke atas pemimpin tertinggi negara, termasuk di Sabah.
Pengerusinya, Datuk Zulkarnain Mahdar memuji tindakan polis dalam melebarluaskan kawalan keselamatan ke atas pemimpin tertinggi negara, khususnya Perdana Menteri, termasuk Raja-raja.
Beliau merujuk kepada kes serangan terhadap Balai Polis Ulu Tiram di Johor Bahru di mana dua anggota polis dibunuh oleh suspek pengganas pada awal Jumaat. Beliau menyuarakan keyakinan dalam kredibiliti polis untuk menyelesaikan kes itu.
Advertisement