Thu, 13 Jun 2024

HEADLINES :


ADVERTISEMENT

Situasi semasa demam denggi di Malaysia minggu epidemiologi ke-19
Published on: Monday, May 20, 2024
By: Bernama
Text Size:

Situasi semasa demam denggi di Malaysia minggu epidemiologi ke-19
Orang ramai dinasihatkan untuk terus memastikan tiada tempat pembiakan nyamuk Aedes di dalam dan luar rumah dengan melakukan aktiviti Cari dan Musnah tempat pembiakan nyamuk Aedes sekurang- kurangnya 10 minit sekali seminggu.
Kuala Lumpur: Pada Minggu Epidemiologi ke-19 tahun 2024, jumlah kes demam denggi yang dilaporkan adalah sebanyak 2,338 kes berbanding 1,995 kes pada minggu sebelumnya.

Terdapat satu (1) kematian akibat komplikasi demam denggi dilaporkan pada Minggu Epidemiologi ke-19 tahun 2024.

Kumulatif kes demam denggi yang dilaporkan sehingga Minggu Epidemiologi ke-19 adalah sebanyak 57,220 kes berbanding 41,175 kes bagi tempoh sama tahun 2023.

Manakala terdapat 40 kematian akibat komplikasi demam denggi telah dilaporkan berbanding 26 kematian bagi tempoh yang sama pada tahun 2023.

Bilangan lokaliti hotspot yang dilaporkan pada Minggu Epidemiologi ke-19 adalah sebanyak 60 lokaliti berbanding 70 lokaliti hotspot pada minggu sebelumnya.

Dari 60 lokaliti yang dilaporkan, 45 lokaliti di Selangor, tujuh (7) lokaliti di WPKL & Putrajaya, tiga (3) lokaliti di Sarawak, dua (2) lokaliti di Pulau Pinang, satu (1) lokaliti di Kedah, satu (1) lokaliti di Perak dan satu (1) lokaliti di Negeri Sembilan.

Bagi survelan chikungunya, terdapat satu (1) kes direkodkan pada Minggu Epidemiologi ke-19. Jumlah kumulatif kes chikungunya sehingga kini adalah 24 kes.

Tiada wabak Chikungunya dilaporkan pada Minggu Epidemiologi ke-19. Bagi survelan zika, sebanyak 974 sampel darah dan enam (6) sampel urin telah dijalankan saringan zika dan hasil kesemuanya adalah negatif.

Jabatan Metereologi Malaysia melalui siaran akhbar memaklumkan bahawa Monsun Barat Daya dijangka bermula pada 17 Mei 2024 dan akan berterusan sehingga September 2024 di mana sepanjang tempoh ini, taburan hujan dijangka berkurangan dan menjadikan cuaca lebih panas.

Situasi panas dan kering ini boleh menyumbang kepada peningkatan populasi nyamuk Aedes di persekitaran disebabkan kitaran hidup nyamuk dari fasa telur sehingga dewasa akan menjadi lebih pendek.

Selain itu, nyamuk Aedes betina akan menggigit dengan lebih kerap semasa cuaca panas untuk mendapatkan sumber protein iaitu darah bagi penghasilan telur.

Oleh itu, orang ramai dinasihatkan untuk terus memastikan tiada tempat pembiakan nyamuk Aedes di dalam dan luar rumah dengan melakukan aktiviti Cari dan Musnah tempat pembiakan nyamuk Aedes sekurang- kurangnya 10 minit sekali seminggu.

Tiada Aedes, tiada denggi, chikungunya dan zika.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.





ADVERTISEMENT






Berita Utama Hari Ini

Berita Popular


Follow Us  




Follow us on             

Daily Express TV  







close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
open

Try 1 month for RM 18.00

Already a subscriber? Login here