CHEESY Christine Christopher muncul johan pertandingan nyanyian Sugandoi Kaamatan Sook 2024 yang berlangsung di Sook, Jumaat lalu.
Kemenangan itu hadir bersama hadiah wang tunai RM1,500, piala dan sijil penghargaan, sekali gus mewakili Daerah Kecil Sook di peringkat negeri nanti.
Dia juga memenangi kategori persembahan terbaik dan menerima RM300.
Sementara itu, naib johan dan tempat ketiga masing-masing disandang oleh Christy Chrisyendra Cosmas dan Zannarina Zachry, dan membawa pulang RM1,200 dan RM1,000 berserta piala dan sijil.
Peserta lain pula menerima hadiah saguhati RM200 dan sijil, masing-masing.
Pertandingan itu dirasmikan oleh Penolong Pegawai Daerah Kecil Sook Caroline Benjamin Jiungan mewakili Timbalan Menteri Pertanian dan Kerterjaminan Makanan Datuk Arthur Joseph Kurup yang juga Ahli Parlimen Pensiangan.