Fri, 28 Mar 2025
Headlines:
Penting untuk hargai kepelbagaian budaya: KM
Published on: Monday, May 20, 2024
Published on: Mon, May 20, 2024
By: Ricardo Unto
Text Size:
Text:
Penting untuk hargai kepelbagaian budaya: KM
Abidin (tengah) dan yang lain melakukan gimik majlis pelancaran.
Kota Kinabalu: Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor menekankan kepentingan memahami, menghargai dan menerima kepelbagaian serta keunikan budaya yang diwarisi sejak zaman dahulu lagi.

“Suka saya mengingatkan rakyat di negeri ini khususnya generasi muda, hargailah kemakmuran yang kita capai.  

Advertisement
“Tunjukkanlah teladan selaku bangsa yang disegani dan dihormati,” katanya pada sambutan Pesta Kaamatan Bandaraya Kota Kinabalu, di Pusat Beli-Belah Imago, di sini, Sabtu.

“Seperti juga perayaan suku kaum yang lain, keunikan perayaan Pesta Kaamatan boleh menjadi daya tarikan pelancong dan merancakkan lagi sektor pelancongan negeri ini termasuk Bandaraya ini.

SPONSORED CONTENT
This event coincides with its proposed listing on the Main Market of Bursa Malaysia Securities Berhad ("Bursa Securities"), scheduled for 30 April 2025.
“Keunikan budaya dan adat resam rakyat berbilang kaum khususnya di negeri ini adalah aset yang paling penting bagi kita. 

“Dengan keindahan semula jadi bertaraf dunia dan keunikan budaya berbilang kaum, Sabah menjadi destinasi pilihan bagi pelancong seluruh dunia.”

Advertisement
Teks ucapan beliau dibaca oleh Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri Datuk Abidin Madingkir.

Hajiji berkata kerajaan sentiasa memberi sokongan kepada sambutan dan program kebudayaan serta keagamaan di negeri ini.

Advertisement
Tambahnya, melalui program kebudayaan, ia dapat memantapkan lagi perpaduan masyarakat yang berbilang kaum dan memberi peluang untuk rakyat mengenali, memahami dan menghargai adat serta budaya suku kaum masing-masing.

Katanya, elemen penganjuran Pesta Kaamatan wajar diterjemahkan dalam aspek yang lebih luas bagi menambah lagi daya tarikan kepada perayaan ini.

“Idea baharu dan nilai kebudayaan yang menarik dalam sambutan Pesta Kaamatan perlu dikupas secara komprehensif dan dizahirkan melalui penganjuran pengisian program yang baharu,” katanya.

Sementara itu, Mayor Datuk Seri Sabin Samitah berkata beliau dan pasukan kerjanya akan berusaha meletakkan taraf pembangunan seni budaya dan pelancongan Kota Kinabalu di peringkat tertinggi, dengan memberi sokongan penuh kepada penganjuran pesta budaya seperti sambutan Pesta Kaamatan. 

“Seiring dengan hala tuju Kerajaan Negeri Sabah dan Pelan Pembangunan Sabah Maju Jaya (SMJ), inisiatif drastik DBKK dalam melancarkan Pelan KK 2035 telah menyatukan semua pelan tindakan sedia ada.” 

Pelan ini merangkumi enam teras utama, iaitu “Ketersediaan Infrastruktur, Kelestarian Alam Sekitar, Kemakmuran Sosio-Ekonomi, Rangka Kerja Bandar Pintar dan Transformasi Digital, Keterangkuman Seni dan Budaya serta Tadbir Urus Yang Cemerlang”. 

“Penganjuran acara dan festival seumpama Pesta Kaamatan di Kota Kinabalu, mendukung Teras Utama Pelan KK 2035 yang kelima, iaitu ‘Keterangkuman Seni dan Budaya’, melalui pemerkasaan ‘Cultural Inspired Activity’,” katanya.

Katanya lagi, mengekalkan imej bandaraya yang bersih, selesa dan teratur adalah mencabar untuk menjadi ibu kota yang rancak dihadiri oleh pelancong antarabangsa.

“Tahap kebersihan, keselesaan dan keselamatan Bandaraya Kota Kinabalu terutama di lokasi tumpuan pelancong wajar diberikan keutamaan tertinggi.

“Tanggungjawab penguatkuasaan dan kerja-kerja pembersihan tidak hanya terletak di bahu pihak berkuasa, tetapi memerlukan perubahan minda yang drastik serta usaha bersepadu warga bandar raya bagi mengelakkan sampah bertaburan di tempat awam.

“Sebarang usaha dan pelan tindakan yang dirangka oleh pihak berkuasa akan sukar mencapai titik kejayaannya, sekiranya minda dan kesedaran masyarakat masih belum bersedia untuk mengurus sisa sampah dengan cara yang betul. 

“Maka dengan itu, sikap sayangi Kota Kinabalu dan slogan ‘Love KK’ perlu dijiwai sepenuhnya agar kita dapat bersama-sama mengambil tanggungjawab menjaga kebersihan Kota Kinabalu dan mencapai imej bandar raya yang terbaik di mata dunia,” katanya.
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
Follow us              
Daily Express TV  
© Copyright 2025 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here