Kota Kinabalu: Pasukan Majlis Daerah Penampang (MDPG) menjuarai Pertandingan Tarik Tali Antara Jabatan yang diadakan sempena Pesta Kaamatan daerah Penampang di Padang B Kompleks Sukan Penampang pada Sabtu lalu.
Jabatan Polis Daerah Penampang menduduki tempat kedua dan tempat ketiga ialah Jabatan Pertahanan Awam Daerah Penampang.
Advertisement
.gif)
Pengurus pasukan MDPG ialah George Limjoon dibantu oleh Danis Siukum dengan Lorencius Godwin sebagai pengarah/pemasa pasukan.
Ahli pasukan itu ialah Geinod Lozitin (kapten), Billy Jinawat, Jailod Jailup, Randy Roy Mansa, Rusle Sidol Manuel, Aron Donny John, Emmanuel Bungkak, Jaffery Bood, Jacob Jaimis dan James Lee Kian Fatt.
Geinod gembira dengan kemenangan itu dan berharap pasukan itu akan meneruskan latihan sebagai persediaan menghadapi pertandingan akan datang.