Fri, 28 Mar 2025
Headlines:
Dua penunggang motor maut cuba elak operasi
Published on: Tuesday, May 21, 2024
Published on: Tue, May 21, 2024
By: Winnie Kasmir
Text Size:
Text:
Dua penunggang motor maut cuba elak operasi
Tangkap layar dari video yang tular berkenaan.
SANDAKAN: Dua penunggang motosikal maut manakala seorang lagi cedera parah selepas bertembung sesama mereka, ketika cuba melarikan diri dari sekatan Operasi Samseng Jalanan di Batu 16 Jalan Kuari 3, Gum-Gum pada petang Ahad.

Ketua Polis Daerah Sandakan, ACP Abdul Fuad Abdul Malek berkata, dua yang maut masing-masing berumur 22 tahun, manakala mangsa cedera berumur 24 tahun. 

Advertisement
Fuad berkata, Operasi Samseng Jalanan dilaksanakan oleh Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Ibu Pejabat Polis Daerah Sandakan bermula jam 3 petang 19 Mei hingga 2 pagi 20 Mei. 

Dalam operasi tersebut, sebanyak 105 kenderaan termasuk 30 kereta dan 75 motosikal diperiksa. 

SPONSORED CONTENT
This event coincides with its proposed listing on the Main Market of Bursa Malaysia Securities Berhad ("Bursa Securities"), scheduled for 30 April 2025.
“Pemeriksaan tersebut melibatkan 127 individu iaitu 115 lelaki dan 12 perempuan. 

“Hasil operasi ini, sebanyak 31 saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan antaranya ubah suai ekzos, tiada lesen memandu, tiada perlindungan insurans dan lain-lain,” katanya dalam kenyataan, Isnin. 

Advertisement
Pada operasi sama, sebanyak 60 motosikal dan 16 kereta disita di bawah Seksyen 64 Akta Pengangkutan Jalan 1987 untuk semakan dan siasatan lanjut. 

“Dalam pada itu, pihak polis turut mengesan lima pemandu dan penunggang motosikal yang positif dadah jenis ketamin dan ganja. 

Advertisement
“Mereka akan disiasat di bawah Seksyen 15 (1) Akta Dadah Berbahaya 1952,” tambahnya. 

Fuad juga menegaskan, Operasi Samseng Jalanan ini akan diteruskan bagi memastikan aktiviti lumba haram dan menguji kelajuan di atas jalan raya dapat dibanteras. 

Katanya, operasi seumpama ini penting dalam mendidik pengguna jalan raya tentang undang-undang demi kesejahteraan orang awam. 
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
Follow us              
Daily Express TV  
© Copyright 2025 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here