KOTA BELUD: Seramai 30 petani dari Kampung Melangkap Kapa dan Taginambur di bawah Pertubuhan Peladang (LPP) Kota Belud akan menjalani kursus enam bulan bagi mendalami kemahiran kitar semula sisa pertanian untuk dijadikan baja berasaskan bio berkualiti tinggi.
Program itu merupakan anjuran Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (Mosti) menerusi agensinya Malaysian Bioeconomy Development Corporation (Bioeconomy Corporation),
Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Mohammad Yusof Apdal berkata, program tersebut menggalakkan penggunaan dan pembudayaan sains, teknologi dan inovasi (STI) dalam kalangan petani dan membuktikan STI mudah diterapkan dalan kehidupan seharian.
Menurutnya, dengan menguasai teknik vermikompos menggunakan cacing tanah African Nightcrawler, peserta mampu menghasilkan tanaman seperti durian, avocado, dan sayur-sayuran berkualiti tinggi yang berdaya tahan terhadap penyakit dan serangga perosak.
Advertisement