Sun, 27 Apr 2025
Headlines:
Kesukaran tangani kebakaran di Bukit Sim-Sim
Published on: Tuesday, May 21, 2024
Published on: Tue, May 21, 2024
By: Winnie Kasmir
Text Size:
Text:
Kesukaran tangani kebakaran di Bukit Sim-Sim
PASUKAN bomba memikul pam galas berisi air untuk memadam kebakaran, pada hari kelima insiden.
SANDAKAN: Usaha memadam kebakaran hutan di Bukit Sim-Sim memasuki hari kelima pada Isnin.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Sandakan, Severinus Sainkui berkata pihaknya menghadapi beberapa kesukaran untuk memadamkan kebakaran di Bukit Sim-Sim. 

Advertisement
“Proses pemadaman kebakaran hutan menghadapi kesukaran kerana keadaan struktur muka bumi di lokasi kejadian berbukit bukau. 

“Tekanan air juga tidak sampai jika menggunakan hos air dan tiada akses jentera ke lokasi kejadian,” katanya. 

SPONSORED CONTENT
This event coincides with its proposed listing on the Main Market of Bursa Malaysia Securities Berhad ("Bursa Securities"), scheduled for 30 April 2025.
Severinus berkata pasukannya terpaksa mendaki bukit tersebut dengan memikul pam galas berisi air, dan melakukan kaedah “firebreak” untuk mengelakkan api daripada merebak. 

Selain itu, beliau berkata pasukannya turut berdepan dengan pendawaian haram yang menyukarkan lagi usaha pemadaman. 

Advertisement
Sementara itu, Ahli Parlimen Sandakan, Vivian Wong turut berada di lokasi pada pagi Isnin untuk meninjau perkembangan terkini proses pemadaman api. 

Untuk rekod, Bukit Sim-Sim terkenal dalam kalangan pendaki, terutamanya selepas pelancaran Taman Rekreasi Elopura di bukit tersebut pada 2011. 

Advertisement
Bukit Sim-Sim pernah mengalami kebakaran pada 2016, difahamkan akibat fenomena El Nino. 
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
Follow us              
Daily Express TV  
© Copyright 2025 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here