Mon, 17 Jun 2024

HEADLINES :


ADVERTISEMENT

Enam petinju sandaran Sabah di Karnival Bakat Kebangsaan
Published on: Tuesday, May 21, 2024
By: Winnie Kasmir
Text Size:

Enam petinju sandaran Sabah di Karnival Bakat Kebangsaan
AGUS (tengah) diapit oleh enam atlet yang akan membawa cabaran ke Kejohanan Tinju Kebangsaan di Melaka.
SANDAKAN: Persatuan Tinju Sabah meletakkan sandaran kepada enam atletnya bagi menghadapi Kejohanan Tinju Karnival Bakat Kebangsaan siri ke 2/2024 di Malaka Mall, Air Keroh, Melaka pada 23 - 26 Mei ini.

Enam petinju yang bernaung di bawah Sabah Lee Boxing Club itu ialah Ahmad Rashid Alfin (minimum Weight), Mohammad Danny Mohamad Fikri (Light Fly Weight), Mohamad Khairul Izwan Julaimin (flyweight), Ilhan Hafizzie Arshad (Super Fly Weight), Mohammad Shamizan Mohd Seriman (Bentam Weight) dan Mohammad Iman Ashrafr Angeles (Feather weight).

Ketua Jurulatih Persatuan Tinju Sabah, Agus Diong berkata, ketika ini kesemua atlet itu sedang menjalani latihan pusat di bawah bimbingan beliau di Sandakan.

“Daripada keenam atlit ini, saya meletakkan keyakinan tinggi kepada tiga penyandang pingat emas negeri yang terdiri daripada Ahmad Rashid (46 kg), Mohamad Iman Ashraf (57) dan Mohammad Shamizan (54).

“Namun saya tetap yakin degan penampilan Mohamad Danny, Khairul Izwan dan Ilhan Hafizzie. Ketiga-tiga mereka ini telah menunjukkan potensi sebagai peninju yang berbakat melalui latihan serta disiplin masing-masing,” katanya.

Agus berkata demikian ketika ditemui sewaktu memberikan latihan terakhir kepada semua peserta di Gelanggang Tinju Kompleks Sukan Sandakan di sini pada Sabtu lalu.

Agus turut dibantu Mohamad Syahran Hafie Mohammad Fauzie sebagai pembantu jurulatih. 

Pasukan itu dijadualkan bertolak ke Melaka hari ini.

Dalam pada itu, Agus berharap dapat melahirkan lebih ramai peninju berbakat dari Sabah, khususnya Sandakan. 

“Ia sebagaimana dibuktikan oleh peninju muda, Khairul Azim (Feather Weight) yang kini telah mencapai taraf peninju profesional. 

“Beliau baru saja meraih pingat emas selepas mengalahkan peninju Indonesia dalam Kejohanan Tinju Dunia (WBC) yang diadakan di Kuching, Sarawak minggu lalu,” katanya. 

Sementara itu, beliau juga menyatakan penghargaan kepada Kelab Tinju Lee yang dibimbing oleh seorang lagi rakan beliau, Mohd. Fadzli Asmat yang ditubuhkan sejak 2019 kerana telah berjaya melahirkan ramai peninju yang berbakat dan berdisiplin.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.





ADVERTISEMENT






Berita Utama Hari Ini

Berita Popular


Follow Us  




Follow us on             

Daily Express TV  







close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
open

Try 1 month for RM 18.00

Already a subscriber? Login here