Tue, 20 May 2025
Headlines:
Kementerian Pendidikan Tinggi galak industri, rakan strategik angkat inovasi pelajar
Published on: Thursday, May 23, 2024
Published on: Thu, May 23, 2024
By: Mardinah Jikur
Text Size:
Text:
Kementerian Pendidikan Tinggi galak industri, rakan strategik angkat inovasi pelajar
MUSTAPHA (ketiga dari kanan) bersama wakil KSTI Sabah (kedua dari kiri) menyampaikan hadiah kepada pemenang projek terbaik keseluruhan bagi ciptaan inovasi kalangan pelajar PSS pada majlis itu.
SANDAKAN: Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) amat menggalakkan mana-mana pihak industri dan rakan strategik untuk mengangkat bakat dan inovasi yang dihasilkan pelajar Politeknik dan institusi pengajian tinggi yang lain.

Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Ts. Mustapha Sakmud, berkata, ini penting dalam membantu mengembangkan lagi inovasi yang pelajar hasilkan khususnya berkaitan dengan keterjaminan makanan.

Advertisement
Jelasnya, inovasi ini antaranya yang bersesuaian dengan pengajian yang ditawarkan di Politeknik Sandakan iaitu bidang Agrotechnologi dan Akuakultur.

“Kita mahu inovasi yang di buat oleh pelajar ini juga dapat dikembangkan melalui penyelidikan terbabit sekaligus kelak ia dapat dikomersialkan dan memberi manfaat kepada masyarakat,” ujarnya.

SPONSORED CONTENT
KOTA KINABALU: Business owners, visionary entrepreneurs, and corporate leaders from across Malaysia are set to converge at one of Sabah’s most anticipated leadership events: CEO Masterclass (CEOM) 2025, happening on the 9th and 10th of July 2025 at the Sabah International Convention Centre (SICC). .
“Kita juga yakin, bukan hanya di Politeknik Sandakan ini sahaja, Politeknik lain dan pelbagai institusi pengajian tinggi lain juga ada inovasi masing-masing dan wajar untuk kita mengembangkan lagi hasil inovasi ini,” tambahnya.

Beliau berkata demikian pada sidang media sejurus merasmikan majlis penutupan Ekspo Kerjaya TVET Politeknik Sandakan Sabah (PSS) 1.0 di PSS, Hab Pendidikan Sandakan, disini, pada Khamis.

Advertisement
Hadir sama, Pengarah PSS, Mohd Sani Said dan Pengarah Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) Sabah, Dr. Mohd Ali Hindia.

Pelbagai acara mengisi Ekspo tiga hari julung kali diadakan PSS itu yang turut melibatkan rakan industri serta kolaborasi dan institusi pendidikan, universiti serta pelajar sekolah dan pencari pekerja dalam bidang terlibat.

Advertisement
Mustapha juga menyampaikan hadiah utama dan pemenang ciptaan inovasi kalangan pelajar dengan bimbingan pensyarah PSS yang juga mendapat sokongan daripada pihak Kementerian Sains dan Inovasi (KSTI) Sabah.

Pada majlis sama, Mustapha turut melancarkan Pusat Satelite MyFuture Jobs Politeknik Sandakan Sabah yang disaksikan Ali dan Sani serta hadirin

Berkenaan ekspo itu, Mustapha berkata, ia satu program yang baik khasnya dalam memberikan maklumat kepada pelajar sekolah dan orang awam mengenai Sains,

Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) dan Program kemahiran Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET).

Sementara itu, Ali ketika ditemui menjelaskan, pusat pertama di Sabah bagi Politeknik ini antara lain membantu pelajar atau lepasan pengajian tinggi dan yang lain untuk mencari peluang dan padanan kerja yang bersesuaian dengan bidang mereka melalui profail dan kelulusan serta bidang masing-masing.

Mereka juga boleh mendapatkan maklumat tentang kerjaya yang ditawarkan di dalam MyFuture Job yang dikendalikan oleh Perkeso.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
Follow us              
Daily Express TV  
© Copyright 2025 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here