KOTA MARUDU: Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) mahu pembinaan pejabat atau balai bomba di negeri ini disiapkan mengikut jadual.
Presidennya Datuk Dr Adnan Mat berkata, balai bomba dan penyelamat diperlukan bagi memastikan kelancaran proses penyampaian perkhidmatan terbaik kepada masyarakat.
“Jika terdapat jabatan atau pejabat atau balai bomba yang tidak mengikut jadual pembinaan, kami mohon kepada majikan kami, yakni kerajaan agar mempercepat proses pembinaannya agar sistem penyampaian bomba tidak tergendala.
“Fungsi bomba juga semakin berkembang, selain daripada skop tugas dan kepakaran jabatan itu yang semakin bertambah.
Advertisement