Tue, 18 Feb 2025
Headlines:
Aidiladha: Peniaga diingatkan tidak ambil kesempatan naikkan harga barangan
Published on: Saturday, June 01, 2024
Published on: Sat, Jun 01, 2024
By: Bernama
Text Size:
Text:
Aidiladha: Peniaga diingatkan tidak ambil kesempatan naikkan harga barangan
Gambar sekadar ilustrasi.
SEREMBAN: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) mengingatkan para peniaga supaya tidak mengambil kesempatan menaikkan harga barangan, apabila permintaan tinggi terutama menjelang Aidiladha ini.

Timbalan Menterinya Fuziah Salleh berkata lebih 2,200 penguat kuasa dan 1,000 pegawai pemantau harga KPDN, akan digerakkan setiap hari di premis termasuk kedai runcit dan pasar raya seluruh negara bagi memastikan tiada peniaga menaikkan harga sewenang-wenangnya.

Advertisement
“Kita ada Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 dan tindakan tegas boleh diambil tindakan sekiranya berlaku kenaikan harga yang tidak munasabah. Musim perayaan permintaan untuk barangan adalah tinggi, jadi kita harap peniaga tidak menaikkan harga.

“Tiada pelaksanaan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) Aidiladha, tapi KPDN kawal seperti biasa dan penguat kuasa sentiasa melakukan pemantauan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Perhimpunan Perwakilan Nasional (PPN) 2024 di sini hari ini.

SPONSORED CONTENT
When it comes to skincare, the first thought on our minds would be beauty products such as serums, creams, and masks. However, beauty experts and even researchers have stated that drinking more water can be just as crucial for your skin's health.
Beliau berkata KPDN juga proaktif melakukan pemantauan terhadap bekalan barangan asas dalam negara termasuk minyak masak paket untuk keperluan isi rumah, bagi memastikan tiada ketirisan berlaku berikutan ada restoran yang turut menggunakannya.

Sementara itu, Fuziah berkata lebih 60,000 kilogram makanan dan minuman dengan anggaran nilai RM700,000, berjaya diselamatkan di 147 bazar Ramadan seluruh negara menerusi program MySaveFood Ramadan lepas membabitkan 2,000 sukarelawan.

Advertisement
Beliau berkata kempen digerakkan kementerian dengan rakan strategik iaitu Pertubuhan Pemuda GEMA Malaysia dan Gerakan Pengguna Siswa (GPS) daripada Institusi Pengajian Tinggi (IPT) itu, turut bertujuan membentuk keperibadian baik dalam kalangan anak muda.

“Program itu juga mendapat kerjasama setiap pihak berkuasa tempatan dan Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp). Kita berhasrat program ini dapat diteruskan ke pasar malam pula selepas ini,” katanya.
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
Follow us              
Daily Express TV  
© Copyright 2025 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here