Thu, 25 Jul 2024

HEADLINES :


Perdana Menteri sampaikan sumbangan kepada Azman Adnan
Published on: Friday, June 07, 2024
By: Bernama
Text Size:

Perdana Menteri sampaikan sumbangan kepada Azman Adnan
Perdana Menteri berkata Azman kini menderita sakit tulang kaki sehingga memerlukan rawatan fisioterapi secara berkala.
Kuala Lumpur: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyampaikan sumbangan kepada bekas pemain bola sepak kebangsaan Azman Adnan bagi membantu urusan harian dan perubatannya.

Menerusi hantaran di laman Facebook Anwar berkata sumbangan itu disampaikan oleh Setiausaha Politiknya Ahmad Farhan Fauzi semasa menziarahi bekas penyerang sensasi Selangor itu semalam.

Perdana Menteri berkata Azman kini menderita sakit tulang kaki sehingga memerlukan rawatan fisioterapi secara berkala.

Selain itu beberapa masalah kesihatan lain menyukarkan Azman melakukan kerja-kerja berat dan terputus sumber pendapatan.

“Semoga saudara Azman cepat sembuh, Insya-Allah,“ kata Perdana Menteri.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.





ADVERTISEMENT






Berita Utama Hari Ini

Berita Popular


Follow Us  




Follow us              

Daily Express TV  







close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
open

Try 1 month for RM 18.00

Already a subscriber? Login here