Fri, 28 Mar 2025
Headlines:
Sabah optimis laksana pendigitalan pendidikan
Published on: Friday, June 07, 2024
Published on: Fri, Jun 07, 2024
By: Iskandar Dzulkifli
Text Size:
Text:
Sabah optimis laksana pendigitalan pendidikan
Ariffin juga berkata terdapat masalah kecil membabitkan menara telekomunikasi terutamanya dalam aspek liputan rangkaian oleh syarikat telekomunikasi yang tidak menyeluruh.
Kota Kinabalu: Usaha mencapai Dasar Pendigitalan Pendidikan di Sabah terus diperkasa menerusi pelbagai inisiatif dari Kerajaan Negeri dan Persekutuan di bawah kementerian berkaitan.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Ariffin Arif berkata, antara usaha kerajaan negeri termasuk memperuntukkan pemasangan unit peranti satelit Starlink bagi meningkatkan liputan internet di wilayah ini.

Advertisement
Katanya, lebih dua ratus unit Starlink telah dipasang di beberapa daerah khususnya di kawasan ‘zero’ internet seterusnya mensasarkan pemasangan sama sebanyak 300 unit tahun ini.

“Begitu juga dengan usaha kerajaan negeri melalui pemasangan ‘Point Of Presence’ (PoP) di sekolah-sekolah yang memerlukan liputan jaringan internet aktif di Sabah.

SPONSORED CONTENT
This event coincides with its proposed listing on the Main Market of Bursa Malaysia Securities Berhad ("Bursa Securities"), scheduled for 30 April 2025.
“Termasuk usaha kerajaan persekutuan di bawah Fasa 1 Pelan Jalinan Digital Negara (Jendela) membabitkan pembinaan lebih banyak menara telekomunikasi tahun ini di Sabah.

“Ia sebagaimana yang telah dimaklumkan Menteri Komunikasi dan Digital (Fahmi Fadzil), baru-baru ini dan jika berjalan baik, kita mampu mencapai Dasar Pendigitalan Pendidikan di Sabah” katanya.

Advertisement
Beliau berkata demikian ketika ditemui semasa lawatan bersama Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (Jheains), Jumain Abdul Ghani di Masjid Sembulan, di sini pada Khamis.

Ariffin yang juga Exco Pendidikan berkata, terdapat masalah kecil membabitkan menara telekomunikasi terutamanya dalam aspek liputan rangkaian oleh syarikat telekomunikasi yang tidak menyeluruh.

Advertisement
Menurutnya, masalah yang sering berlaku adalah terdapat hanya satu syarikat telekomunikasi yang beroperasi untuk satu menara yang sudah tentu menyukarkan penggunaan talian telco lainnya di kawasan itu.

“Sekarang sudah ada 90 ‘connectivity’ (menara telekomunikasi di Sabah), masalahnya ada sebahagian hanya satu syarikat telco yang beroperasi di menara ini hingga menjejaskan pengguna rangkaian telco lainnya.

“Sebagai contoh, jika hanya Maxis saja beroperasi di satu menara, maka pengguna Celcom atau telco lainnya tidak mendapat liputan dari menara ini, begitu juga jika sebaliknya.

“Justeru, kita selepas ini akan pastikan lebih banyak syarikat telco beroperasi di setiap satu menara bagi memberi liputan lebih meluas kepada pengguna, bukan lagi satu menara hanya satu telco,” katanya.

Dalam perkembangan sama, Ariffin memaklumkan liputan internet 5G di kawasan berpenduduk di Sabah setakat ini sudah mencapai lebih 60 peratus dan pihaknya akan pastikan ia semakin meluas.

Selain itu katanya, terdapat juga berlaku masalah ‘titik buta’ liputan telekomunikasi di beberapa tempat khususnya di kawasan berbukit di Sabah yang memerlukan penyelesaian tambahan.

“Ini adalah antara masalah yang dikenalpasti untuk diselesaikan bagi memastikan usaha kita mencapai Dasar Pendigitalan Pendidikan sepenuhnya di Sabah tercapai,” katanya.
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
Follow us              
Daily Express TV  
© Copyright 2025 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here