Wed, 18 Jun 2025
Headlines:
Persidangan Wanita Antarabangsa di Sabah Ogos ini dijangka dihadiri 500 peserta
Published on: Saturday, June 08, 2024
Published on: Sat, Jun 08, 2024
By: Bernama
Text Size:
Text:
Persidangan Wanita Antarabangsa di Sabah Ogos ini dijangka dihadiri 500 peserta
“Saya ingin mengambil peluang ini untuk menggalakkan lebih ramai wanita Malaysia di Sabah menghadiri persidangan itu bagi tujuan pendedahan kepada ilmu, peningkatan peribadi dan profesionalisme ke arah mencapai pemerkasaan wanita,” kata Christina.
Kota Kinabalu: Persidangan Wanita Antarabangsa (IWC) pada 14 dan 15 Ogos di sini dijangka membabitkan kehadiran 500 peserta termasuk daripada kalangan profesional, pegawai kerajaan dan pemimpin pengurusan, dan juga usahawan lelaki.

Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah Datuk Christina Liew berkata acara yang dianjurkan badan bukan kerajaan (NGO) Persatuan Usahawan dan Profesional Wanita Sabah (Swepa) itu akan berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) di sini.

Advertisement
Beliau berkata persidangan dengan tema ‘Memperkasa Pemimpin Wanita, Memecah Tembok Halangan, Membentuk Masa Depan’ itu juga penting bagi memupuk persekitaran yang membolehkan idea-idea terus berkembang, perkongsian boleh dijalin dan pemimpin boleh muncul.

“Saya ingin mengambil peluang ini untuk menggalakkan lebih ramai wanita Malaysia di Sabah menghadiri persidangan itu bagi tujuan pendedahan kepada ilmu, peningkatan peribadi dan profesionalisme ke arah mencapai pemerkasaan wanita,” katanya dalam sidang media di SICC di sini, Khamis. 

SPONSORED CONTENT
This two-day event promises an immersive experience with strategic keynotes, interactive fireside chats, and VIP networking sessions and more!
Sementara itu Presiden Swepa Karen Wong berkata selain penyertaan dari Semenanjung Malaysia, peserta lain termasuk dari negara luar seperti India, Singapura, Brunei, Taiwan dan Amerika Syarikat.

“Acara itu bukan sahaja meliputi sesi perkongsian, ia juga akan memberi peluang kepada beberapa ahli Swepa untuk mempromosi dan mempamerkan produk serta perkhidmatan mereka di pameran itu,” katanya.

Advertisement
Wong berkata persidangan itu juga menggalakkan penyertaan kaum lelaki kerana Swepa tidak terikat dengan agenda jantina semata-mata, dan suara kaum lelaki juga perlu didengar.  
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
Follow us              
Daily Express TV  
© Copyright 2025 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here