Sun, 23 Mar 2025
Headlines:
Karnival Ramah Mesra di Inobong hujung minggu ini 
Published on: Saturday, June 08, 2024
Published on: Sat, Jun 08, 2024
Text Size:
Text:
Karnival Ramah Mesra di Inobong hujung minggu ini 
Pengerusi Penganjur Acara Remysta Taylor
PENAMPANG: Karnival Ramah Mesra yang penuh keseronokan akan diadakan hujung minggu (8-9 Jun) ini sempena Pesta Kaamatan 2024.

Pengerusi Penganjur Acara Remysta Taylor berkata acara itu dianjurkan oleh Persatuan Kebajikan dan Kasih Sayang Amal Penampang (Pekka), dan akan diadakan di Dewan Pagansakan Inobong, di sini dari jam 8 pagi hingga 5 petang pada kedua-dua hari itu.

Advertisement
“Kami telah menggariskan pelbagai aktiviti menarik untuk masyarakat Inobong dan semua kampung sekitar. Ini termasuk bola sepak terbuka, gusti lengan, pertandingan nyanyian, dan Pertandingan Unduk Ngadau peringkat kampung terbuka kepada penduduk Penampang,” katanya.

Taylor yang juga Pengerusi Pekka berkata akan ada gerai pameran yang menampilkan Sabah Job Centre bagi tujuan mendaftarkan mereka yang mencari pekerjaan di bawah kelolaan Jabatan Pembangunan Sumber Manusia (JPSM), Kojasa Mart, Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp), Perkeso (Pertubuhan Keselamatan Sosial), dan Kolej Sidma.

SPONSORED CONTENT
When it comes to skincare, the first thought on our minds would be beauty products such as serums, creams, and masks. However, beauty experts and even researchers have stated that drinking more water can be just as crucial for your skin's health.
Beliau menggesa orang ramai memanfaatkan program pemeriksaan kesihatan percuma yang akan disediakan oleh Kementerian Kesihatan (KKM).

Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Datuk Christina Liew akan menutup secara rasmi karnival itu pada Ahad (9 Jun). 
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
Follow us              
Daily Express TV  
© Copyright 2025 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here