KENINGAU: Dua lelaki yang dikhuatiri hilang di hutan Tibow Sepulut Sook pada pagi Khamis ditemui selamat pada sebelah petang.
Kedua-dua lelaki masing-masing berusia 23 dan 30 tahun itu ditemui dalam keadaan selamat jam 3.45 petang oleh pasukan Perhutanan di tepi jalan.
Advertisement
.gif)
Anggota bomba menyerahkan dua lelaki itu kepada polis untuk tindakan lanjut.
Balai Bomba dan Penyelamat Sook menerima panggilan jam 8.59 pagi dan empat anggota diketuai Komander Operasi, Faisal Ahmad bergegas ke lokasi dengan jarak 114 Kilometer dari balai itu bersama jentera.
Sebelas anggota Polis, lima dari Angkatan Pertahanan Awam (APM) dan 25 dari Jabatan Perhutanan terlibat dalam operasi mencari. Operasi tamat jam 3.50 petang.