Fri, 28 Mar 2025
Headlines:
Tiga guru, seorang pembantu tadika didakwa abai dua kanak-kanak
Published on: Monday, June 10, 2024
Published on: Mon, Jun 10, 2024
By: Bernama
Text Size:
Text:
Tiga guru, seorang pembantu tadika didakwa abai dua kanak-kanak
Keempat-empat wanita itu didakwa di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang memperuntukkan hukuman denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara maksimum 20 tahun atau kedua-duanya.
MELAKA: Tiga guru taman didikan kanak-kanak (tadika) dan seorang pembantu tadika mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Ayer Keroh di sini hari ini, atas pertuduhan mengabaikan dua kanak-kanak dalam jagaan mereka sehingga boleh menyebabkan kecederaan fizikal dan emosi.

Pembantu tadika Jamia Abd Rahman, 41, serta guru tadika Nur Hanis Azwani Ghazali, 24, Hafsah Ab Razak, 33, dan Nur Diyana Zainudin, 24, dituduh mengabaikan atau mendedahkan kanak-kanak lelaki berusia empat dan enam tahun dengan cara yang mungkin akan menyebabkannya mengalami kecederaan fizikal dan emosi.

Advertisement
Mereka dituduh melakukan perbuatan terbabit di alamat Bonda Preschool, No 12-1 & 14-1 Jalan Cheng Indah 8, Taman Cheng Indah, Tanjung Minyak kira-kira pukul 1.30 tengah hari, pertengahan April dan 12.30 tengah hari pada awal Mei lepas.

Keempat-empat wanita itu didakwa di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang memperuntukkan hukuman denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara maksimum 20 tahun atau kedua-duanya.

SPONSORED CONTENT
This event coincides with its proposed listing on the Main Market of Bursa Malaysia Securities Berhad ("Bursa Securities"), scheduled for 30 April 2025.
Timbalan Pendakwa Raya Nur Syazwanie Marizan menawarkan jaminan sebanyak RM15,000 bagi Jamia dan Nur Hanis Azwani, namun peguam Mohd Fadil Mohd Yusof memohon agar ia dikurangkan memandangkan mereka kurang berkemampuan.

Hakim Rohatul Akmar Abdullah kemudian menetapkan jaminan sebanyak RM7,000 bagi setiap tertuduh dengan seorang penjamin dan kes akan disebut semula pada 30 Julai.

Advertisement
Sementara itu, Timbalan Pendakwa Raya Nor Asnini Kamarudin ketika prosiding dakwaan sama di hadapan Hakim Azaraorni Abd Rahman mencadangkan jaminan sebanyak RM20,000 bagi Hafsah dan Nur Diyana, namun Mohd Fadil merayu agar jaminan dikurangkan kerana anak guamnya tidak berkemampuan.

Hakim Azaraorni membenarkan jaminan berjumlah RM10,000 bagi setiap tertuduh dan menetapkan 24 Julai ini untuk sebutan semula kes.
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
Follow us              
Daily Express TV  
© Copyright 2025 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here