Wed, 17 Jul 2024

HEADLINES :


Gesaan kaji semula projek jalan di Kuala Papar
Published on: Monday, June 10, 2024
By: Hayati Dzulkifli
Text Size:

Gesaan kaji semula projek jalan di Kuala Papar
ABDUL Rahim (ketujuh dari kanan, barisan belakang) bergambar bersama Kelab Tarian dan Kebudayaan SMK Takis dan beberapa jawatankuasa induk Gagasan Rakyat Pantai Manis pada majlis itu, baru-baru ini.
PAPAR: Kerajaan Madani digesa mengkaji semula projek jalan penghubung termasuk membina jambatan dekat Sungai Padang di Kuala Papar.

Ketua Bahagian Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) Pantai Manis Datuk Seri Abdul Rahim Ismail berkata projek yang menelan belanja RM700 juta itu diluluskan Perdana Menteri ketika itu Datuk Seri Najib Abdul Razak pada 2016 atau 2017 semasa pentadbiran BN.

Bekas Adun Pantai Manis itu berkata ia melibatkan pembinaan jalan baharu dari Bundusan di sini sehingga ke Melugus dan sebuah tanah perkuburan Islam sebagai laluan alternatif penduduk.

“Projek itu diluluskan berikutan perbahasan berterusan di Dewan Undangan Negeri.

“Malangnya, BN kalah dan kerajaan Warisan Plus yang hanya bertahan selama dua setengah tahun tidak meneruskan projek yang dimaksudkan untuk rakyat di Pantai Manis dan Kawang itu.

“Sekarang ia telah menjadi satu pembaziran,” katanya.

Beliau berkata walaupun Jabatan Kerja Raya masih belum membuat kajian kebolehlaksanaan, susun atur jalan yang diunjurkan telah pun disediakan.

“Harga pembinaan jambatan dan jalan penghubung baharu sudah tentu akan meningkat kepada beberapa bilion Ringgit berikutan kenaikan harga bahan binaan.

“Saya berharap Kerajaan Persekutuan akan menimbangkan projek itu untuk manfaat rakyat di sini,” katanya.

Terdahulu ketika merasmikan “Ramah Mesra” Kaamatan di tepi Sungai Papar, katanya, Sabah yang mempunyai lebih 30 kumpulan etnik mempunyai identiti yang kukuh dan boleh menyerlah dengan sendirinya.

“Sabah mempunyai perpaduan dalam kepelbagaian. Kita mempunyai komuniti dengan pelbagai latar belakang dan perkahwinan campur etnik tempatan yang menjadikan kita istimewa dengan cara kita sendiri.

“Anda Kadazan, Cina, Melayu dan Bajau adalah masyarakat kita yang pelbagai yang saling menghormati dan memahami. Ini Rumah Kita, Kita Jaga,” katanya.

Beliau turut menyampaikan sumbangan kepada Kelab Tarian dan Kebudayaan SMK Takis, Papar dan Kelab Koir SM St Joseph. Kedua-dua kelab aktif di peringkat daerah.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.





ADVERTISEMENT






Berita Utama Hari Ini

Berita Popular


Follow Us  




Follow us              

Daily Express TV  







close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
open

Try 1 month for RM 18.00

Already a subscriber? Login here