Mon, 28 Apr 2025
Headlines:
Aktiviti bom ikan: Maritim tahan 4 lelaki
Published on: Tuesday, June 11, 2024
Published on: Tue, Jun 11, 2024
By: Azmie Lim
Text Size:
Text:
Aktiviti bom ikan: Maritim tahan 4 lelaki
DUA tahanan dan salah satu bot terbabit.
LAHAD DATU: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) menggagalkan aktiviti mengebom ikan selepas menahan empat lelaki etnik Pala’u serta merampas dua bot di perairan Pulau Kun Kun, di sini, Ahad lepas.

Pengarah Zon Maritim Lahad Datu, Komander Maritim Dr Suzanna Razali Chan berkata sebuah kapal peronda Maritim mengesan dua bot dipercayai melakukan aktiviti itu kira-kira jam 6.16 petang dan 6.31 malam selepas menerima maklumat awam

Advertisement
“Empat lelaki etnik Pala’u berumur antara 20 hingga 40 tahun dipercayai awak-awak bot-bot itu ditahan, sementara dua enjin, dua hos dengan pemampat dan dua botol mengandungi bahan disyaki bom ikan dirampas,” katanya.

Beliau berkata kes disiasat mengikut Akta Perikanan 1985 iaitu Seksyen 26 membabitkan aktiviti menangkap ikan menggunakan bahan letupan termasuk racun dan nilai rampasan dianggarkan bernilai RM5,000.

SPONSORED CONTENT
This event coincides with its proposed listing on the Main Market of Bursa Malaysia Securities Berhad ("Bursa Securities"), scheduled for 30 April 2025.
Suzanna mengingatkan komuniti maritim agar tidak melakukan aktiviti pengeboman ikan kerana ia membawa impak negatif kepada ekosistem dan membahayakan nyawa pesalah serta penyelam.

Beliau juga menggesa orang ramai, khususnya komuniti maritim, untuk menyalurkan maklumat berkaitan jenayah di laut kepada pusat operasi 24-jam pada talian 089-885727 atau MERS999.
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
Follow us              
Daily Express TV  
© Copyright 2025 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here