Sun, 23 Jun 2024

HEADLINES :


ADVERTISEMENT

Dakwaan Tiong tidak berasas: Liew. Sabah akan teruskan MM2H sama seperti Sarawak
Published on: Tuesday, June 11, 2024
Text Size:

Dakwaan Tiong tidak berasas: Liew. Sabah akan teruskan MM2H sama seperti Sarawak
Liew di salah satu mesyuarat.
Kota Kinabalu: Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar negeri Datuk Christina Liew menyangkal dakwaan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Persekutuan Datuk Seri Tiong King Sing bahawa beliau tidak menghadiri mesyuarat untuk membincangkan isu Malaysia Rumah Keduaku (MM2H).

Liew berkata, rekod Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar (KePKAS) menunjukkan beliau sendiri menghadiri mesyuarat yang dipengerusikan oleh Menteri Persekutuan itu pada 11 Mei 2023 di Putrajaya,

“Apabila saya tidak dapat hadir, saya menghantar wakil. Pada 6 November 2023, Timbalan Setiausaha Tetap 1 saya dan seorang Pegawai Penyelidik Kanan Lembaga Pelancongan Sabah (STB) menghadiri mesyuarat kedua.

“Begitu juga, Timbalan Setiausaha Tetap 1 dan Ketua Penolong Setiausaha KePKAS telah menghadiri mesyuarat ketiga pada 14 November 2023.

“Dan pada 19 Disember 2023, Setiausaha Tetap KePKAS ketika itu menghadiri mesyuarat keempat. Timbalan Setiausaha Tetap 1, Ketua Penolong Setiausaha dan Pegawai Penyelidik Kanan STB menghadiri mesyuarat kelima pada 16 Januari tahun ini,” jelas Liew, dalam satu kenyataan, Isnin.

Daripada lima mesyuarat itu, Menteri Motac hanya mempengerusikan tiga manakala dua lagi mesyuarat masing-masing dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha Motac, dan Timbalan Menteri Motac.

Menurut laporan Kementeriannya, beliau berkata, tiada satu pun daripada lima mesyuarat itu pernah membincangkan program MM2H. 

“Kami (KePKAS) tidak pernah dijemput untuk sebarang mesyuarat bagi membincangkan program itu secara khusus,” tegas Liew.

Mengenai program Sabah-Malaysia Rumah Kedua Ku (S-MM2H), Liew berkata ia telah diluluskan oleh Kabinet Negeri Sabah pada 2023 dan usaha diteruskan untuk memperhalusi semua kriteria sehingga Mei 2024.

“KePKAS diamanahkan dengan tanggungjawab merangka dan melaksanakan program itu. Sejak itu, kami memperhalusi terma dan syarat penyertaan dalam program itu.

“Untuk setiap mesyuarat kami di Sabah berkaitan S-MM2H, Kementerian saya telah menjemput Pejabat Motac Sabah, Jabatan Imigresen Negeri, Polis dan Pejabat Hal Ehwal Dalam Negeri (di bawah Jabatan Ketua Menteri) untuk hadir.

“Kami sudah bersedia untuk melancarkan program itu pada 1 Jun 2024. Bagaimanapun, kami berasa kecewa dan terkejut apabila Motac menggantung operasi semua ejen berlesen dalam memproses permohonan baharu, berkuat kuasa serta-merta.

“Motac mengeluarkan arahan bertarikh 27 Mei 2024 kepada semua ejen berlesen yang mengendalikan permohonan MM2H, termasuk di Sabah dan Sarawak, untuk menghentikan operasi,” jelas Menteri Negeri itu.

Menurut Liew, keputusan sewenang-wenangnya Motac mengejutkan ramai pihak berkepentingan, terutamanya ejen, pembeli dan pelabur berpotensi, serta Kabinet Negeri.

“Tambahan pula, Motac tidak pernah membincangkan keputusan mereka dengan Kerajaan Negeri,” katanya.

“Sehubungan itu, Kementerian saya telah menulis surat kepada Motac pada 28 Mei 2024 untuk merayu keputusan Motac yang menggantung operasi ejen berlesen, terutamanya ejen Sabah, yang sebahagiannya masih memegang lesen sah yang diluluskan dan dikeluarkan oleh Motac.

“Kami juga menyatakan dalam surat kami kepada Motac bahawa jika gagal, Kementerian saya akan melantik dan memberi kuasa kepada wakil negeri untuk memproses permohonan pemohon berpotensi untuk program S-MM2H.”

Pada 31 Mei lalu, Motac memaklumkan KePKAS bahawa tiada sesiapa dibenarkan memproses permohonan baharu bagi program Sabah-MM2H sehingga makluman lanjut oleh Motac, kata Liew.

Liew mengulangi bahawa Sabah akan meneruskan program S-MM2H-nya sendiri, mengatakan Sabah dan Sarawak mempunyai dasar berbeza dan tidak sepatutnya dikelompokkan dalam program untuk Semenanjung Malaysia.

“Kami bersetuju dengan Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak, Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah bahawa Sabah dan Sarawak mempunyai syarat tersendiri untuk program kami,” katanya.

“Oleh itu, kami (Sabah) akan meneruskan dengan sewajarnya,” tambah Liew.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.





ADVERTISEMENT






Berita Utama Hari Ini

Berita Popular


Follow Us  




Follow us on             

Daily Express TV  







close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
open

Try 1 month for RM 18.00

Already a subscriber? Login here