Kota Kinabalu: Skuad bawah 10 tahun (B10) Anak Badak FC berada di landasan tepat untuk menjuarai Liga Suparimau 2024 Season B buat julung kalinya.
Ketika musim hanya berbaki empat perlawanan lagi, skuad bimbingan Musa Abdul Rahman itu meneruskan rekod tanpa kalah mereka untuk lima perlawanan berturut-turut.
Sabtu lalu, mereka membelasah Tabs Rhinos, 8-1 dalam aksi di padang sintetik Stadium Likas menerusi hatrik daripada Muhammad Adi Mirza Mazhair Shahroz, dua gol masing-masing daripada Muhammad Noah Aazad dan Muhammad Danish Ekram Rizal Ekram, dan satu gol daripada Qaid Aqil Nizzamuddin.
Pengurus pasukan, Mazhair Shahroz Muhasip berkata mereka mensasarkan untuk menjuarai kejohanan itu bagi melayakkan mereka ke Piala Borneo yang akan berlangsung pada Julai ini.
Advertisement